Facebook

Jumaat, 26 November 2010

Sekadar Petua Insya-Allah - Perihal Kayu Tas, Limpanas dan Penunduk

Sekadar Petua Insya-Allah

Kayu Tas/Limpanas dan Penunduk

Kayu Tas atau lebih dikenali dengan nama:Lakum, Limpanas, Ujan Panas, Kayu Penunduk.

Kayu Tas Borneo - Kayu yang memiliki Kulit yang agak tebal (ada juga yang mengatakan Kayu tas memiliki 7 lapisan Kulit jika disiat secara halus)..Kayu jenis yang berpasangan (Jantan dan Betina)..Tas Betina Merujuk kepada Warna Kulit serta Kayu yang berwarna agak kehitaman dan memiliki Bau seperti Rempah atau Semacam Herba, tetapi baunya tidaklah Kuat. Tas Jantan merujuk kepada Warna Kulit yang Cerah ataupun Putih, serta memiliki Bau pada Kulit dan Kayunya yang agak Kuat..Persamaan Rona alur Kayu seperti Matahari dan ianya memiliki persamaan alur yang terdapat pada Kayu Tongkat Ali dan Kayu Ceri..cuma berbeza dari ciri-ciri ranting dan daun.

Kayu Tas Semenanjung - Baunya ada yang berbau tengit..dan ada juga yang memiliki persamaan dari segi bau dengan Kayu tas sarawak..tetapi baunya tidaklah sekuat Tas Sarawak..ada juga yang memanggilnya dengan nama Tas Bukit dek kerana ianya hidup ditanah tinggi.

Kayu Penunduk Semenanjung tidak memiliki bau jika kulitnya disiat..tetapi jika digosok dengan kertas pasir dibahagian kayunya..bau yang amat halus terdapat pada batangnya..jikalau kayu Penunduk Borneo yang dipanggil sebagai Ujan Panas ataupun Limpanas ianya berbau wangi...bau tersebut mempunyai persamaan dengan Kayu Tas Pontianak..Cuma Kayu Tas Pontianak berbeza dari Segi Warna Kulitnya sahaja..Kayu Penunduk juga berpasangan..jika kayu Penunduk Merah atau lebih dikenali dengan nama Tas/Penunduk Gajah..ciri-ciri kayu Penunduk Merah Jantan memiliki Warna Merah yang kuat pada Kulitnya..kulit kayu Penunduk Betina pula agak bergetak-getak dan warna merahnya agak pudar sedikit dari jenis jantan..Penunduk Kuning atau juga yang digelar Tas Kuning/Tas Harimau..warna Kulitnya ianya berwarna agak Kuning Muda..Kayu Penunduk Kuning ini juga Berpasangan..yang Jantan agak kecil dari Penunduk Kuning Jenis Betina..

Ada Banyak juga Kayu Jenis Tas Dan Penunduk ini..ada jenis Raja Penunduk/ Tetapi rata-rata jenis Penunduk Raja Gunung adalah dari Jenis Kayu yang amat jarang dan payah ditemui..Tas Pontianak adalah dari jenis yang elok dan bak kata orang..energinya adalah lebih kuat dari jenis tas dan penunduk..

Khasiat

Kulit kayu tas betina jika dibakar, asapnya tidak disukai oleh makhluk Halus ..Manakala Tas Jantan/Betina pula untuk penunduk Binatang yang buas. Kayu Raja Penunduk Gunung pula bagi menundukkan manusia ...semua dengan Izin Allah SWT

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Penerangan Lanjut Sila E-mail ke Alamtunggal@gmail.com