Facebook

Khamis, 10 November 2011

Batu Tabasheer Merendahkan Gula Dalam Darah? Wallahualam

Assalamuaalikum wbt

Saya ingin berkongsi pengalaman diri saya sendiri dalam menghadapi masaalah kandungan gula tinggi dalam darah...atau lebih dikenali umum sebagai kenching manis atau diabetes.

6 bulan yang lalu....secara mendadak saya mengalami rabun mata kronic, sentiasa dahaga...kenching yang kerap dan masalah cramp kaki di waktu malam. Ianya berlarutan selama seminggu lebih mengganggu kehidupan seharian saya....dan telah menjadi perangai ego saya ini yang tidak suka pergi ke klinik berjumpa doktor dan memakan ubat modern. Walaubagaimanapun akhirnya saya akur juga dan bertandang ke klinik dan didiagnos sebagai kenching manis. Gula dalam darah saya bacaannya 23.5 mmol/L ..lagi sikit ja nak abis dah table maxima alat tu...memang tinggi gulanya...saya dah ngelabah..kena dah saya kata dalam hati....klinik kasi saya ubat metformin untuk telan hari hari....dah sakit terpaksalah makan ubat

Dengan kesedaran diri yang telah menghidapi sakit diabetes nie...saya pun belilah alat test gula darah di Guardian....so hari hari bleh test sendiri kandungan gula....

So bermulalah process test darah....dan makan ubat klinik

Ini adalah bacaan selepas 2 hari pergi ke klinik turunlah sikit tapi gula masih tinggi...rabun mata masih ada sikit2, dahaga selalu...kencing masih kerap, malam tidur masih cramp kaki


Ini bacaan selepas seminggu...dan ubat dah habis....doktor suruh dtg lagi ...tapi saya nie degil dan tak suka jumpa doktor....agak tinggi tapi rabun dah ok....kencing dah reda sikit...cramp masih ada....

Saya pergi juga jumpa doctor...amik stok ubat lagi seminggu....tapi saya tak makan dah ikut peraturan...degil sungguh saya nie.....lama dah saya tak check darah saya....dan tak peka lagi pada diri.....lepas tu baru2 nie baru terperasan.....minggu lepas....ehh dah tak cramp lagi dah memalam...hidup kembali normal.... emmm alhamdullilah syukur kehadirat Allah SWT....

so tergerak hati saya nak test gula dalam darah....sebelum tido test...test darah tak puasa pun ...makan macam biasa...dan bacaan nya 7.5mmol/L...macam tak percaya gak..tengok carta bacaan - 7 kira kandungan gula normal....Alhamdullilah


nie bacaan kandungan gula saya buat malam nie just sebelum tulis catatan nie....


Saya pun terpikir2 dan imbas kembali apakah rahsianya.....makan adalah control sikit...sikit aja ubahnya pun....kalau buat air kopi tu dari 4 sudu gula kurang ler jadi 3 sudu..hari2 bancuh tu....hehehe...nasik makan gak...bersenam tak ler mana sgt pun ..senam pegang batu jer ler ...masa canai pesanan sahabat....apa yang saya consistant buat ya (selain senentiasa berdoa agar Allah mengkurniakan kesihatan yang baik buat diri saya)...pikir punya pikir....laaa baru teringat...saya selalu pakai batu tabasheer....saya pakai tu mulanya untuk terapi sakit belakang saya....tapi entahlah...sebab itu ja yang consistant saya pakai selama 6 bulan nie....


Wallahualam....semuanya dengan izin Allah jua...padaNyalah kita berserah dan padaNya kita memohon pertolongan. Catatan ini adalah perkongsian pengalaman saya sendiri...saya bukan doktor dan saya sendiri tak suka jumpa doktor dan makan ubat modern doktor....mungkin nampak keegoan saya...tapi itulah saya...nak buek camno ....apa2pun saya kena beringat gak - wa dah kena beb...kena control juga makan dan lifestyle....Allah dah beri warning tu...kena ler beringat kan kan kan :-)

Wallahualam

PROCESS MEMBERSIHKAN PUSAKA

Assalamuaalikum wbt buat yang berbahagia pembaca blog pulaumistik

Sempena Bulan Muharram, bulan yang menjadi pengemar /pengumpul senjata traditional untuk membasuh dan merawat pusaka dalam simpanan.

Bagi yang baru menceburi hobi ini atau yang tidak tahu bagaimana hendak memulakan process pembersihan...harapan saya agar posting ini sedikit sebanyak dapat membantu...insyallah

Note - ini hanyalah process basic dan tidak menyentuh tentang bab pengkhadaman keris atau sewaktu dengannya :-)



BAHAN-BAHAN ASAS

1) Limau Nipis 3 Biji
2) Sabun
3) Kain Kapas Bersih
4) Air Bersih / Mutlak
5) Larutan Cuka makan bagi karat yang tebal
6) Berus bulu halus seperti Berus gigi terpakai

PROCESS PEMBERSIHAN

1) Sebelum mencabut senjata dari sarungnya, mulakan dgn Basmallah dan doa kita kehadirat Allah SWT agar terselamat dari kecederaan dan kemudaratan sepanjang process pembersihan.

2) Pastikan kawasan keliling aman dari budak2 bermain dan pengudaraan yang selesa...

3) Cabut pusaka yang akan dibersihkan dari sarungnya...bagi keris adalah baik kiranya hulu dan pendokoknya ditanggalkan dan hanya bilah mata yang tinggal untuk dibersihkan. bagi parang atau badik...sebaiknya hulunya disalut dgn bahan kalis air seperti plastik yang ditape atau menggunakan plastik wrapper dan ditape keliling.

bagi Hulu yang ketat untuk ditanggalkan hendaklah direndam dengan air panas terlebih dahulu bagi mencairkan damar dan juga mengembangkan logam puting. Logam akan cepat panas dan mengembang cepat juga menguncup bila menyejuk...manakala hulu dari bahan kayu atau lain2 yang bukan logam akan lambat mengembang dan lambat pula mennguncup ..mengadakan ruangan selesa bagi hulu dicabut

4) Teliti keadaan bilah pusaka...samada ia berkarat atau tidak

Kaedah membasuh bilah yang tidak berkarat

Bagi bilah mata yang tidak berkarat, cukup sekadar membasuhnya dengan air mutlak dgn melalukan air di atas bilah bagi menghilangkan habuk2. Penggunaan sabun hendaklah berhati2 kerana bisa memutihkan pamur (kesan warangan akan menghilang). Sabun boleh digunakan bagi menghilangkan lapisan minyak yang lama...gunakan sabun dengan sentalan yang lembut sahaja.

Pabila sudah dibasuh, keringkan bilah dengan menggunakan kain kapas yang bersih. kaedahnya hanya dengan cara menekap dan bukan mengelap kuat untuk mengelakkan pamur pusaka dari tersangkut pada kain dan menrosakkan pamur bilah pusaka tersebut.

Setelah proses menekap dgn kain selesai, sandarkan mata pusaka pada dinding buat seketika agar diangin2kan.

Kemudian bolehlah dimulakan process pengeringan makro bagi mengeringkan garis2 halus antara lapisan besi dari air dengan mengunakan bara arang (dgn mengalun mata pusaka atas haba bara) ataupun alat pengering elektronic (haba panas).

Setelah bilah ternyata kering sepenuhnya...bolehlah diminyak kan bilah sebelum dipasang semula aksesori bilah dan disarung kembali kedalam sampir


Kaedah membasuh bilah yang berkarat

note : kedua kaedah dibawah ini bisa menghilangkan hitam warangan..besi akan menjadi putih bersih....nampak seperti baru...walaubagaimanapun ....intonasi warna pamur bergantung pada jenis besi pusaka....

Bagi Wilah pusaka yang karatnya sedikit, penggunaan limau nipis bolehlah diapplikasikan.

Sebiji Limau Nipis bolehlah dibelah 4 dan kemudian dibuangkan bijinya serta tulang tengahnya...objectivenya adalah untuk memudahkan jus limau tadi digunakan pada bilah

Sebelum membasuh dgn belahan limau nipis, pastikan pembasuh duduk dengan selesa. Posisi bilah keris juga hendaklah dalam keadaan selamat bagi pembasuh untuk menenyeh belahan limau nipis nanti. ini boleh dilakukan dgn condongan 45 darjah dengan memegang hulu/puting pusaka dan hujung mata menyentuh lantai/papan kayu ataupun keseluruhan bilah berbaring atas lantai/papan kayu.

Setelah bersedia, bolehlah menggunakan belahan limau nipis ini dgn menenyehnya pada bilah kebawah dan keatas...buat secara perlahan dan hati2 bagi mengelakkan kecederaan.

Process ini berterusan sehingga semua kesan karat hilang.

Selepas selesai, bolehlah dibasuh dgn air sabun dan air mutlak sehingga bersih. pastikan tiada empulur limau tersekat pada serat besi ...harus bersih seluruhnya....tinggalan empulur limau akan bisa membuatkan besi berkarat cepat.

Bolehlah diteruskan dgn process pengeringan, pengeringan makro dan disapu minyak serta wangian.

Bagi Pusaka yang karatnya sangat tebal, penggunaan larutan asid lemah diperlukan seperti cairan cuka makan, jus nenas atau air kelapa. Pengamatan yang teliti dalam process ini amat dikehendaki bagi memastikan karat tertanggal sepenuhnya dan mata pusaka terpelihara.

Sediakan bekas takungan yang bisa memuatkan mata bilah pusaka dan direndam dalam larutan asid lemah. Selepas 10 hingga 15 minit, angkat mata bilah, berus menggunakan berus gigi terpakai bagi menangalkan karat tebal. bilas dengan air mutlak dan teliti mata keris. Kira masih ada karat, direndam semula dan ulang process sama setiap 10 - 15 minit hingga karat tanggal sepenuhnya.

Perlu di ingat bahwa cuka makan kalau digunakan, mangkin lama direndam mangkin lemah kesannya... Tapi bahan dari air nenas dan kelapa pula... Mangkin lama mangkin menguat kesannya.

Jadi kalau cuka makan itu perlu dilihat sekejap-sekejap.. Tapi kalau air kelapa dan nenas x perlu tiap lima belas minit. Setiap stengah jam, 45 minit atau satu jam pun ok. Bergantung pada ketebalan karat dan jenis besi dan keadaannya. Sebab tu ada org yg membasikan dulu air kelapa itu sampai 3 hari sebelum mnggunakannya supaya kesannya lebih pantas

Asid yg dikatakan lemah tu hanya lemah pada permulaan, tapi bila proses dipanjangkan... Maka asid-asid yg terhasil dari jus buah itu akan menjadi bertambah kuat. Flow chart ini kemungkinan akan memberikan gambaran pada pengiat yg tidak berpengalaman bahwa jenis bahan ini akan terus menerus kekal lemah dan akan merosakkan mata bilah bila digunakan berulangkali...

Sebaliknya pula pada bahan cuka. Ianya akan mulanya kuat tapi menjadi lemah kuasa larutannya. Kalau digunakan berkali-kali akan tidak mendatangkan hasil yg dijangkakan.

Setelah berpuashati tiada kesan karat, bolehlah dibasuh mata pusaka dengan sabun dan air bersih serta diteruskan dgn process pengeringan, pengeringan makro dan disapu minyak serta wangian.

FAQ

1) Setelah keris dibasuh dengan menggunakan Limau Nipis atau acid lemah, keris menjadi serba putih dan berkilat seperti baru. Semua kesan pamur belangan hitam dan putih pada pusaka hilang kerana kesan warangan telah pupus.

Apakah itu Warangan

Process Warangan pusaka merupakan suatu process menghitamkan jenis besi tertentu pada pusaka menimbulkan belangan pamur yang indah pada bilah pusaka. Cecair Warangan bertindakbalas pada component logam ferum(besi) dengan menghitamkannya manakala logam yang lain (seperti contoh nikel dan tembaga)tidak berubah warna. Walaubagaimanapun, process ini agak rumit penyediaannya dan berbahaya. Batu warangan (terdiri dari komposisi racun cynide yang amat berbahaya)diperlukan dalam penyediaan cairan warangan. Kombinasi jus Limau Nipis dan Batu warangan harus matang diperam sehingga sekurangnya setahun sebelum boleh digunapakai.

contoh gambar batu warangan


Selamat mencuba - Insyallah

Wassalam

Selasa, 18 Oktober 2011

Keris Picit Fatani - RM 700








Keris Picit Fatani

Panjang Mata - 6.5 inci

Panjang keseluruhan - 10.5 inci

Ketandaan Picitan, Kul Buntet dan Telaga

Sampir Kemuning Emas

Harga Tebus Siap Pos dalam Malaysia - RM700

Isnin, 10 Oktober 2011

Perkongsian Ilmu - Camna nak polish batu guna serbuk Berlian / Diamond Dust

Perkongsian Ilmu - Camna nak polish batu guna Serbuk Berlian / Diamond Dust ( ilmu di petik dari Abg Shah - Gunung Jerai)

Petua memilih serbuk berlian bermutu - Pilih serbuk yang berwarna kelabu kehitaman - Yg putih kurang bermutu

Bahan2

1) Kertas Minyak ( duplicate paper)
2) Kain kapas bersih
3) Kad Manila
4) Serbuk Berlian
5) Minyak Singer atau sewaktu dengannya (minyak yg licin  - minyak kelapa pun ok)
6) Kulit lembu atau kain Seluar Jeans tak pakai

Cara2

1) Lekatkan Kertas Minyak pada Kad Manila ( untuk buat foundation menggosok dan memudahkan simpanan

2) Ambil sedikit serbuk berlian - sikit aja lebih kurang 2 x saiz mata mancis dan tabur atas kertas Minyak

3) Titiskan sedikit minyak Singer diatas serbuk tadi dan boleh mula polish

4) Mulakan kerja  polish

     a) Sebaiknya batu dibuka dari rumah cincin
     b) Base batu dilekatkan pada sebatang kayu (dengan damar atau gam)
     c) Alas dgn kain dibawah kad manila tadi
     d) Lekapkan batu pada kertas yang sudah ada minyak dan serbuk diamond dgn tekanan yang sederhana
     d) Mula gosokan dgn speed yang sederhana dgn arah pusingan ikut lawan jam ( maintain arah pusingan  
         pada satu arah sahaja ya - jangan di ubah kerana akan boleh menyebabkan calar dan hakisan tidan
         sekata)
     e) Selepas 30 saat gosok - berhenti dan lap batu dgn kain - periksa keadaan batu
     f) Jika belum berpuas hati - sambung gosokan dan check setiap 30 saat
     g) lakukan hingga  batu licin dan berkilat seperti cermin ..hingga tuan berpuas hati :-)

5) Pabila sudah habis polish - lap batu dengan kain kapas bersih hingga clear habis minyak

6) Finishing dgn polish(gosok) atas kulit lembu atau kain Seluar Jeans ( Cotton) - kosong tiada minyak atau serbuk diamond ...gosok dgn tekanan sederhana sahaja untuk bersihkan batu dan final kilatan.

7) Simpan Kertas Minyak yg di lekat dgn kad manila tadi boleh dipakai berulang kali

Sebotol Serbuk diamond boleh tahan bertahun kalau pandai gunanya - insyallah

Warning - Serbuk diamond sangat halus dan tajam - bisa meresap kedalam kulit - Selepas selesai kerja - Basuh Tangan Bersih2 dgn Sabun

Petua Mengilatkan Perak Yang Kusam



Nota : Hanya untuk barangan Perak Tulin Sahaja – Bahan yang di sadur Perak tidak digalakkan guna kaedah ini.

BAHAN2



1) Sodium Bikarbonat
2) Aluminium Foil
3) Air Panas
4) Kain Kapas Bersih
5) Berus Gigi (Soft/Medium)
6) Ubat Gigi
7) Bekas Plastik untuk Merendam barangan Perak


CARA2

1) Bersihkan Bahan Perak dari kotoran minyak dgn membasuh menggunakan Ubat gigi dan di bilas dgn air

2) Sediakan bekas plastik dan salut permukaan dalam bekas dengan Aluminium Foil

3) Tuangkan serbuk Sodium Karbonat dalam bekas plastic bersalut Aluminium



4) Tuangkan air panas ke dalam berkas ( akan ada reaksi kimia antara sodium dan aluminium)



5) Rendam Barangan Perak tadi di dalam bekas selama 15 Min (Pastikan Barangan Perak menyentuh Aluminuim)



6) Berus dan basuh barangan perak dengan gerus gigi terpakai hingga hilang kotoran

7) Bilas barangan yang telah siap diberus dan keringkan dengan kain kapas yang bersih

8) Prosses selesai dan bahan perak akan bersinar seperti baru – Insyallah

TOTAL COST - KURANG RM20



Selamat mencuba

Ahad, 25 September 2011

Petua Mengilat Barangan Tembaga Kusam Teruk



Project lepas raya pengasas - Mencuci barangan tembaga keluarga yang rosak teruk akibat banjir tahun lepas hehehe

bahan2

1) Cuka Makan
2) Garam Halus
3) Kertas Pasir 1500 atau 3000
4) Spray Clear / Liker
5) Autosol atau brasso

Cara2

a) Basuh tembaga dgn air dan sabun - utk hilangkan kesan minyak dsb)

b) gaul garam + Cuka dalam bekas sampai jadi macam Paste ( BAU CUKA AKAN MENUSUK HIDUNG - tapi insyallah tak merbahaya)

c) sapu paste tadi pada tembaga dan gosok dgn kain kapas (pakai lampin baby ja)- Jaga tekanan sental jgn sampai calar - sental sampai oxide tanggal - tembaga akan jadi kemerahan pada takat ini

d) Bilas bahan tembaga selepas puas hati dgn step (c)

e) Gosok kertas pasir pada tembaga - its WET application - gosok dgn air - jaga tekanan gosokan utk mengelak calar

f) Bilas tembaga dan keringkan dgn kain Kapas yg lembut

g) polish hingga kilat dengan brasso atau Autosol - kasi sampai kilat macam cermin

h) at room tempreture - boleh liker tembaga utuk further protection from oxide...liker 2 / 3 lapis - wait for 15min between lapisan liker

TOTAL COST - KURANG DARI RM20

Walla - Tembaga looks like new :-)

SELAMAT MENCUBA !!!!

Jumaat, 29 Julai 2011

Ucapan Terima Kasih - Gambar Tabasheer Pahang Tempahan Sahabat2

























Lagi Gambar Tempahan Sahabat di Facebook -
ALBUM PASARMISTIK di Facebook

Semoga Bermenafaat dgn izin Allah SWT

Terima Kasih atas sokongan anda semua

Jumaat, 1 Julai 2011

Sekadar Petua Insya-Allah - Perihal Minyak Pengasih/Pelaris/Pemanis/Penunduk

Assalamuaalikum

Sekadar Petua Insya-Allah

Dari apa yang saya faham - Minyak pengasih / pelaris / pemanis ada dua kategory, yang putih dan yang hitam. Karakter minyak yang di anggap putih atau hitam adalah dari sudut bahan2 dan juga cara ritualnya di buat. Bagi yang bersifat putih, kandungannya adalah dari bahan yang halal seperti tumbuh tumbuhan, minyak atar/minyak kelapa, resin atau kemenyan dan juga mineral dari batu batuan. Bahan2 ini di process seperti antaranya di tanam 40 hari dalam tanah ( bagi mengstabilkan/menaturalkan unsur dalamannya) dan di ruqyah dgn ayat ayat suci Al-Quran bagi tujuan pemanis, pelaris dan pengasih. Ianya boleh di bawa solat dan dipakai seharian sebagai minyak wangi atau di campur dgn minyak rambut. Minyak pengasih jenis ini lazimnya digunakan bagi menaikkan aura peribadi agar insyallah dgn izin Allah...lebih berseri seri dan di senangi rakan dan taulan. Ia bukan dalam bentuk "paksaan" tetapi lebih kepada khosiat bahan2 di dalam minyak tersebut dan pertolongan Allah SWT dgn doa kita membaca surah2 Al-quran tertentu...membangkitkan aura seri manusia... Bahan-bahannya bagaikan mengeluarkan sumber pheramon natural yang bisa menarik perhatian manusia lain dalam tak sedar ( unconcious attached) secara positive dan tidak memaksa....minyak jenis putih ini begitulah natural affectnya...YANG MENJADI jahatnya ialah pabila SI-PEMAKAI nya yang berniat membuat onar - ini bukan atas sebab minyak ini tapi adalah atas sebab PERANGAI si pemakai....so disalahkannya minyak tersebut....pada saya, kalau terjadi onar, minyak jenis ini tak bersalah tapi si pemakainya yang bersalah .....sebab itu PakSyeikh kenakan BAIAH/Aku Janji pada sesiapa yang ingin memiliki minyak chenuainya ( sila confirm Tok)...maaf kalau salah

Bagi karakter minyak yang berunsur Hitam, bahan2 yang digunapakai adalah dari sumber najis dan haram seperti Minyak Dagu wanita, Darah kokang, malah juga dari darah dan air mani si pemakai....bahan2 ini juga di campur dalam minyak atar atau minyak kelapa bagi tujuan medium cecair....di ritualkan dgn mentera dan seru bagi menyuruh makhluk lain seperti Jin dan Syaitan untuk berkerja sama memberikan kelebihan pemakai untuk melakukan maksiat dan onar pada orang lain. Selalunya pemakain minyak ini secara mencalit pada mangsa....dan mangsa bagaikan terpukau dan tergoda pada si pemakai....inilah contoh "paksaan" dan amat di sukai oleh segolongan manusia kerana jalan mudah bagi mereka mencapai niat yg di hajati mereka dgn kebergantungan pada Minyak dan Syaitan.....its totally BLACK MAGIC dan haruslah di-jauhi.

Putih atau hitam Minyak ini bergantung pada bahan2, jalan ritual dan juga niat si pemakai.....maka rujuklah pada yang pakar dan benar berdasarkan apa yang dituntut dan ditegah oleh Allah SWT....mungkin penulisan saya ini salah ....kalau dapat yang pakar membetulkannya demi kebaikan semua....wallahualam

Jumaat, 28 Januari 2011

Sekadar Petua Insya-Allah - Perihal Raja Kayu


Sekadar Petua Insya-Allah

Raja kayu terbahagi dua, iaitu Raja Kayu Putih Dan Raja Kayu Merah. Biasanya di sekitar pokok raja kayu tidak tumbuh pokok-pokok lain. Selain Raja kayu kadang kala di tempat lain ia dikenali dengan sebutan yang berlainan seperti di Brunei di panggil Kayu tolong-tolong. Raja Kayu yang berwarna merah kekuningan ialah jenis lelaki dan yang puteh kekuningan pula adalah adalah jenis betina. raja kayu terdapat dalam bentuk jantan dan betina keran setiap makhluk yang di cipta tuhan adalah berpasangan.

Raja kayu yang sebenarnya bukanlah sejenis pokok kayu tetapi ia merupakan sejenis damar. Ia berasal dari pokok damar minyak (Agathis Alba). Raja kayu ini terdapat hanya pada dahan dahannya sahaja. Hanya pokok damar minyak yg cukup matang saja mempunyai damarnya " cuba lah kita uji dgn membakar raja kayu ini. Raja Kayu akan cair meleleh seperti kita membakar kemenyan dan tidak akan mengeluarkan abu seperti kayu biasa.

Terdapat sekurangnya 10 jenis pokok kayu damar yang biasa ditemui ia itu,Damar hitam, damar hitam bulu, damar hitam gajah, damar katuo, damar laut merah, damar minyak, damar sengkawang putih, damar siput, damar siput jantan dan damar telepuk. damar boleh didapati di kawasan hutan bukit (kawasan hutan peringkat ketiga / hutan kawasan tinggi ).Pokok damar minyak ini boleh dilihat di Janda Baik Pahang ( di kawasan satu taman rekerasi hutan pokok pine) di sebelah kiri jalan .Juga boleh ditemui dilokasi air terjun Jelai di Bukit Freaser di penghujung tapak perkelahan.


Ciri ciri pokok damar minyak (Agatis Alba) dimana pokok ini dahulunya dikenali dengan nama Sanum. Tumbuh di kawasan permatang tinggi. Batangnya besar dan tidak berbanir Kulitnya bersisik sisik, warnanya kelabu . Isinya kelabu atau merah serta berisi minyak pekat, daunnya tebal serta licin, susunannya berkembar, panjangnya 2 1/2inci berbentuk mata lembing atau panjang hujung dan pangkal daunnya. Urat daunnya selari dari pangkal sampai hujung kalau di siat, isinya seakan sutera. Buahnya pula berukuran 2 hingga 4 inci, berbentuk bulat, berwarna hitam atau unggu bersisik sisik dan bertindih tindih. Setiap biji benihnya bersayap.ada pula mereka yang mendakwa Raja Kayu adalah kayu dari jenis kayu Madang Sisik, tetapi kayu damar minyak ini lebih dikenali sebagai RAJA KAYU disebabkan kayu jenis ini membolehkan cahaya lampu menembusinya.



Terlalu banyak dinyatakan mengunai khasiat dan kegunaan Raja Kayu ini. Diantaranya adalah seperti berikut;


1. Dicampur dengan minyak urut untuk melembutkan urat saraf dan melancarkan pengaliran darah.

2. Air rebusan Raja kayu boleh memanaskan tubuh badan. Mereka yang sedang mengandung dilarang minum, kerana boleh menggugurkan kandungan.

3. Asap kayu yang dibakar boleh menghalau hantu syaitan.

4. Pengunaan Raja kayu sebagai tongkat, mata cincin dan sebagainya boleh membina semangat.

5. Raja Kayu digeruni oleh oleh binatang buas dan mereka berniat jahat.

Selasa, 18 Januari 2011

Subhanallah Maha Suci Allah SWT Yang Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu




Gambar pembentukan awan yang sempat saya rakamkan semasa perjalanan naik ke Gunung Jerai tempoh hari. Bersama sama kita menyaksikan keindahan Kuasa Allah SWT yang Esa....

Rabu, 5 Januari 2011

Perihal Batu Tabasheer / Tok Wali / Batu Sabun Bunian / Serpentinite






Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
(Ar-Rahmaan 55:10)


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (Ar-Rahmaan 55:13)


Assalamuaalikum wbt

Dengan Izin Allah SWT , dapatlah saya membuat sedikit kajian tentang batu Tabasheer ini.
Ianya bukan sahaja diakui nilai perubatannya di Malaysia malah juga diseluruh Dunia. Dalam pencarian saya apakah nama sebenarnya batu tabasheer ini yang diregisterkan dalam record Geology dunia. Penghasilan saya berhasil dgn membuat penyelidikan di internet dan juga bertanya kepada beberapa pakar batu tersohor mahupun tidak.



Overview

Antara nama lain di Malaysia berkenaan Batu tabasheer ini adalah Batu tok wali dan batu sabun puteri bunian. Di dalam alam geology, batu ini dinamakan Serpentinite kerana dikatakan batu ini coraknya seperti kulit ular yang berkilat kilat. Batu ini dihasilkan hasil dari pergeseran kerak bumi dan banyak terdapat di dasar laut. Ia adalah alteration dari batu kerak bumi dari jenis ultramafic. Composisi mineral di dalam batu ini adalah Magnesium Silicate , antigorites, chrysotile and lizardite. Chemical formula bagi batu ini adalah M3T2O5(OH)4, M = magnesium (Mg), ferrous iron (Fe2+), ferric iron (Fe3+), aluminum (Al), nickel (Ni), manganese (Mn), cobalt (Co), chromium (Cr), zinc (Zn), or lithium (Li); and T=silicon (Si), Al, Fe3+, or boron (B). Ia bersifat alkali. Dalam bumi, character batu ini boleh dikenal pasti melalui kondisi physicalnya yang licin, kilatan seperti cromate dan agak poros (hardness scale antara 2 hingga 5 Mohs) serta warnanya dalam gabungan putih, hijau, kuning, kemerahan, kebiruan dan hitam. Ia juga dikenali sebagai batu jed generasi baru.

Kegunaan

Batu ini amat dihargai diseluruh dunia samada dari segi pembuatan perhiasan mewah ataupun kegunaan bagi perubatan. Ia telah digunakan sejak zaman Inca (America Selatan) sebagai pembuatan bekas takungan dan juga patung patung keugamaan. batu ini juga digunakan oleh orang China diukir dan dibentuk untuk perhiasan mahal bagi golongan bangsawan dan batu permata. Dalam masyarakat Roman lama, batu ini dipercayai boleh menghindarkan sihir dan racun. Dikatakan masyarakat Roman membuat bekas minuman dari batu ini kerana ia akan pecah sekiranya ada unsur racun di dalam minuman yang dituang kedalamnya.

Dikategorikan sebagai semi-precious stone, bagi masyarakat yang mengamalkan Yoga, batu ini dikenali sebagai "kundalini" stone dengan pembawaan Energy Bumi. Ia dapat membantu pengamal yoga dalam menstabilkan kenaikan energy kundalini ke cakra teratas kerana tanpa kawalan, kenaikan energy kundalini yang tak terkawal bisa membawa padah pada pengamalnya.Kepercayaan Masyarakat Assyria lama membawa batu ini dalam persembahan di kuil kuil kerana percaya batu ini berupaya menolong mereka dalam upacara keugamaan mereka (pleasing the Gods).



Berikutan mineral ini bisa menahan tenaga pergeseran antara kerak bumi, kekuatan energy yang dikandung mineral ini adalah amat kuat sekali. Kedudukannya yang mendokong pergerakan mampatan pergeseran bumi dan keupayaannya menghadapi tekanan tenaga process pengeseran tersebut insyallah dapat diadaptasikan dan dimenafaatkan pada manusia sejagat dalam meredakan dan mengubati pelbagai jenis penyakit..insyallah dengan IzinNya jua



Perubatan dan healing properties

Sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, setiap kejadianNya adalah bagi kebaikan hambaNya juga. Dalam kontex ini, antara kebaikan batu ini adalah seperti berikut

1) Mengstabilkan Aura Diri - Imbangan antara Positive dan negetive Energy badan ( asbab kekuatan Mineral ini dalam menyerap tenaga pergeseran antara kerak bumi)

2) Rawatan alternative secara alami bagi penyakit berkaitan lebihan Acid badan seperti sengal sengal tulang, Gaut, Migrane, Sengugut, Masaalah dalaman perut, paru-paru.

3) Pemangkin Detox badan dan peningkatan kesegaran tubuh badan - (Najis akan menjadi hitam hasil pembuangan toksik dalam badan insyallah)

4) Diabetes - Kenching manis - (kandungan Gula menurun dan stabil selepas terapi pemakaian batu selama lebih 3 bulan)

5) Penyakit berkenaan kitaran haid yang tidak seimbang ( menstrual isues)

6) Natural Pain Killer (http://www.ehow.com/facts_6017079_serpentine-stone-back-pain.html)

Kaedah Terapi Batu Tabasheer

Batu ini dipakai pada tubuh dan menyentuh kulit samada dalam bentuk permata Loket ataupun Cincin. Di Nasihatkan BANYAK MINUM AIR KOSONG apabila menjalani terapi perubatan dgn batu ini...Insyallah




Sila hubungi saya jika berminat memiliki batu permata ini