Facebook

Jumaat, 28 Januari 2011

Sekadar Petua Insya-Allah - Perihal Raja Kayu


Sekadar Petua Insya-Allah

Raja kayu terbahagi dua, iaitu Raja Kayu Putih Dan Raja Kayu Merah. Biasanya di sekitar pokok raja kayu tidak tumbuh pokok-pokok lain. Selain Raja kayu kadang kala di tempat lain ia dikenali dengan sebutan yang berlainan seperti di Brunei di panggil Kayu tolong-tolong. Raja Kayu yang berwarna merah kekuningan ialah jenis lelaki dan yang puteh kekuningan pula adalah adalah jenis betina. raja kayu terdapat dalam bentuk jantan dan betina keran setiap makhluk yang di cipta tuhan adalah berpasangan.

Raja kayu yang sebenarnya bukanlah sejenis pokok kayu tetapi ia merupakan sejenis damar. Ia berasal dari pokok damar minyak (Agathis Alba). Raja kayu ini terdapat hanya pada dahan dahannya sahaja. Hanya pokok damar minyak yg cukup matang saja mempunyai damarnya " cuba lah kita uji dgn membakar raja kayu ini. Raja Kayu akan cair meleleh seperti kita membakar kemenyan dan tidak akan mengeluarkan abu seperti kayu biasa.

Terdapat sekurangnya 10 jenis pokok kayu damar yang biasa ditemui ia itu,Damar hitam, damar hitam bulu, damar hitam gajah, damar katuo, damar laut merah, damar minyak, damar sengkawang putih, damar siput, damar siput jantan dan damar telepuk. damar boleh didapati di kawasan hutan bukit (kawasan hutan peringkat ketiga / hutan kawasan tinggi ).Pokok damar minyak ini boleh dilihat di Janda Baik Pahang ( di kawasan satu taman rekerasi hutan pokok pine) di sebelah kiri jalan .Juga boleh ditemui dilokasi air terjun Jelai di Bukit Freaser di penghujung tapak perkelahan.


Ciri ciri pokok damar minyak (Agatis Alba) dimana pokok ini dahulunya dikenali dengan nama Sanum. Tumbuh di kawasan permatang tinggi. Batangnya besar dan tidak berbanir Kulitnya bersisik sisik, warnanya kelabu . Isinya kelabu atau merah serta berisi minyak pekat, daunnya tebal serta licin, susunannya berkembar, panjangnya 2 1/2inci berbentuk mata lembing atau panjang hujung dan pangkal daunnya. Urat daunnya selari dari pangkal sampai hujung kalau di siat, isinya seakan sutera. Buahnya pula berukuran 2 hingga 4 inci, berbentuk bulat, berwarna hitam atau unggu bersisik sisik dan bertindih tindih. Setiap biji benihnya bersayap.ada pula mereka yang mendakwa Raja Kayu adalah kayu dari jenis kayu Madang Sisik, tetapi kayu damar minyak ini lebih dikenali sebagai RAJA KAYU disebabkan kayu jenis ini membolehkan cahaya lampu menembusinya.



Terlalu banyak dinyatakan mengunai khasiat dan kegunaan Raja Kayu ini. Diantaranya adalah seperti berikut;


1. Dicampur dengan minyak urut untuk melembutkan urat saraf dan melancarkan pengaliran darah.

2. Air rebusan Raja kayu boleh memanaskan tubuh badan. Mereka yang sedang mengandung dilarang minum, kerana boleh menggugurkan kandungan.

3. Asap kayu yang dibakar boleh menghalau hantu syaitan.

4. Pengunaan Raja kayu sebagai tongkat, mata cincin dan sebagainya boleh membina semangat.

5. Raja Kayu digeruni oleh oleh binatang buas dan mereka berniat jahat.

Selasa, 18 Januari 2011

Subhanallah Maha Suci Allah SWT Yang Maha Berkuasa Atas Segala Sesuatu




Gambar pembentukan awan yang sempat saya rakamkan semasa perjalanan naik ke Gunung Jerai tempoh hari. Bersama sama kita menyaksikan keindahan Kuasa Allah SWT yang Esa....

Rabu, 5 Januari 2011

Perihal Batu Tabasheer / Tok Wali / Batu Sabun Bunian / Serpentinite






Dan bumi pula dijadikannya rata untuk kegunaan manusia dan makhluk-makhlukNya yang lain:
(Ar-Rahmaan 55:10)


Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan (wahai umat manusia dan jin)? (Ar-Rahmaan 55:13)


Assalamuaalikum wbt

Dengan Izin Allah SWT , dapatlah saya membuat sedikit kajian tentang batu Tabasheer ini.
Ianya bukan sahaja diakui nilai perubatannya di Malaysia malah juga diseluruh Dunia. Dalam pencarian saya apakah nama sebenarnya batu tabasheer ini yang diregisterkan dalam record Geology dunia. Penghasilan saya berhasil dgn membuat penyelidikan di internet dan juga bertanya kepada beberapa pakar batu tersohor mahupun tidak.



Overview

Antara nama lain di Malaysia berkenaan Batu tabasheer ini adalah Batu tok wali dan batu sabun puteri bunian. Di dalam alam geology, batu ini dinamakan Serpentinite kerana dikatakan batu ini coraknya seperti kulit ular yang berkilat kilat. Batu ini dihasilkan hasil dari pergeseran kerak bumi dan banyak terdapat di dasar laut. Ia adalah alteration dari batu kerak bumi dari jenis ultramafic. Composisi mineral di dalam batu ini adalah Magnesium Silicate , antigorites, chrysotile and lizardite. Chemical formula bagi batu ini adalah M3T2O5(OH)4, M = magnesium (Mg), ferrous iron (Fe2+), ferric iron (Fe3+), aluminum (Al), nickel (Ni), manganese (Mn), cobalt (Co), chromium (Cr), zinc (Zn), or lithium (Li); and T=silicon (Si), Al, Fe3+, or boron (B). Ia bersifat alkali. Dalam bumi, character batu ini boleh dikenal pasti melalui kondisi physicalnya yang licin, kilatan seperti cromate dan agak poros (hardness scale antara 2 hingga 5 Mohs) serta warnanya dalam gabungan putih, hijau, kuning, kemerahan, kebiruan dan hitam. Ia juga dikenali sebagai batu jed generasi baru.

Kegunaan

Batu ini amat dihargai diseluruh dunia samada dari segi pembuatan perhiasan mewah ataupun kegunaan bagi perubatan. Ia telah digunakan sejak zaman Inca (America Selatan) sebagai pembuatan bekas takungan dan juga patung patung keugamaan. batu ini juga digunakan oleh orang China diukir dan dibentuk untuk perhiasan mahal bagi golongan bangsawan dan batu permata. Dalam masyarakat Roman lama, batu ini dipercayai boleh menghindarkan sihir dan racun. Dikatakan masyarakat Roman membuat bekas minuman dari batu ini kerana ia akan pecah sekiranya ada unsur racun di dalam minuman yang dituang kedalamnya.

Dikategorikan sebagai semi-precious stone, bagi masyarakat yang mengamalkan Yoga, batu ini dikenali sebagai "kundalini" stone dengan pembawaan Energy Bumi. Ia dapat membantu pengamal yoga dalam menstabilkan kenaikan energy kundalini ke cakra teratas kerana tanpa kawalan, kenaikan energy kundalini yang tak terkawal bisa membawa padah pada pengamalnya.Kepercayaan Masyarakat Assyria lama membawa batu ini dalam persembahan di kuil kuil kerana percaya batu ini berupaya menolong mereka dalam upacara keugamaan mereka (pleasing the Gods).



Berikutan mineral ini bisa menahan tenaga pergeseran antara kerak bumi, kekuatan energy yang dikandung mineral ini adalah amat kuat sekali. Kedudukannya yang mendokong pergerakan mampatan pergeseran bumi dan keupayaannya menghadapi tekanan tenaga process pengeseran tersebut insyallah dapat diadaptasikan dan dimenafaatkan pada manusia sejagat dalam meredakan dan mengubati pelbagai jenis penyakit..insyallah dengan IzinNya jua



Perubatan dan healing properties

Sesungguhnya Allah SWT tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia, setiap kejadianNya adalah bagi kebaikan hambaNya juga. Dalam kontex ini, antara kebaikan batu ini adalah seperti berikut

1) Mengstabilkan Aura Diri - Imbangan antara Positive dan negetive Energy badan ( asbab kekuatan Mineral ini dalam menyerap tenaga pergeseran antara kerak bumi)

2) Rawatan alternative secara alami bagi penyakit berkaitan lebihan Acid badan seperti sengal sengal tulang, Gaut, Migrane, Sengugut, Masaalah dalaman perut, paru-paru.

3) Pemangkin Detox badan dan peningkatan kesegaran tubuh badan - (Najis akan menjadi hitam hasil pembuangan toksik dalam badan insyallah)

4) Diabetes - Kenching manis - (kandungan Gula menurun dan stabil selepas terapi pemakaian batu selama lebih 3 bulan)

5) Penyakit berkenaan kitaran haid yang tidak seimbang ( menstrual isues)

6) Natural Pain Killer (http://www.ehow.com/facts_6017079_serpentine-stone-back-pain.html)

Kaedah Terapi Batu Tabasheer

Batu ini dipakai pada tubuh dan menyentuh kulit samada dalam bentuk permata Loket ataupun Cincin. Di Nasihatkan BANYAK MINUM AIR KOSONG apabila menjalani terapi perubatan dgn batu ini...Insyallah




Sila hubungi saya jika berminat memiliki batu permata ini