Facebook

Selasa, 18 Oktober 2011

Keris Picit Fatani - RM 700








Keris Picit Fatani

Panjang Mata - 6.5 inci

Panjang keseluruhan - 10.5 inci

Ketandaan Picitan, Kul Buntet dan Telaga

Sampir Kemuning Emas

Harga Tebus Siap Pos dalam Malaysia - RM700

Isnin, 10 Oktober 2011

Perkongsian Ilmu - Camna nak polish batu guna serbuk Berlian / Diamond Dust

Perkongsian Ilmu - Camna nak polish batu guna Serbuk Berlian / Diamond Dust ( ilmu di petik dari Abg Shah - Gunung Jerai)

Petua memilih serbuk berlian bermutu - Pilih serbuk yang berwarna kelabu kehitaman - Yg putih kurang bermutu

Bahan2

1) Kertas Minyak ( duplicate paper)
2) Kain kapas bersih
3) Kad Manila
4) Serbuk Berlian
5) Minyak Singer atau sewaktu dengannya (minyak yg licin  - minyak kelapa pun ok)
6) Kulit lembu atau kain Seluar Jeans tak pakai

Cara2

1) Lekatkan Kertas Minyak pada Kad Manila ( untuk buat foundation menggosok dan memudahkan simpanan

2) Ambil sedikit serbuk berlian - sikit aja lebih kurang 2 x saiz mata mancis dan tabur atas kertas Minyak

3) Titiskan sedikit minyak Singer diatas serbuk tadi dan boleh mula polish

4) Mulakan kerja  polish

     a) Sebaiknya batu dibuka dari rumah cincin
     b) Base batu dilekatkan pada sebatang kayu (dengan damar atau gam)
     c) Alas dgn kain dibawah kad manila tadi
     d) Lekapkan batu pada kertas yang sudah ada minyak dan serbuk diamond dgn tekanan yang sederhana
     d) Mula gosokan dgn speed yang sederhana dgn arah pusingan ikut lawan jam ( maintain arah pusingan  
         pada satu arah sahaja ya - jangan di ubah kerana akan boleh menyebabkan calar dan hakisan tidan
         sekata)
     e) Selepas 30 saat gosok - berhenti dan lap batu dgn kain - periksa keadaan batu
     f) Jika belum berpuas hati - sambung gosokan dan check setiap 30 saat
     g) lakukan hingga  batu licin dan berkilat seperti cermin ..hingga tuan berpuas hati :-)

5) Pabila sudah habis polish - lap batu dengan kain kapas bersih hingga clear habis minyak

6) Finishing dgn polish(gosok) atas kulit lembu atau kain Seluar Jeans ( Cotton) - kosong tiada minyak atau serbuk diamond ...gosok dgn tekanan sederhana sahaja untuk bersihkan batu dan final kilatan.

7) Simpan Kertas Minyak yg di lekat dgn kad manila tadi boleh dipakai berulang kali

Sebotol Serbuk diamond boleh tahan bertahun kalau pandai gunanya - insyallah

Warning - Serbuk diamond sangat halus dan tajam - bisa meresap kedalam kulit - Selepas selesai kerja - Basuh Tangan Bersih2 dgn Sabun

Petua Mengilatkan Perak Yang Kusam



Nota : Hanya untuk barangan Perak Tulin Sahaja – Bahan yang di sadur Perak tidak digalakkan guna kaedah ini.

BAHAN2



1) Sodium Bikarbonat
2) Aluminium Foil
3) Air Panas
4) Kain Kapas Bersih
5) Berus Gigi (Soft/Medium)
6) Ubat Gigi
7) Bekas Plastik untuk Merendam barangan Perak


CARA2

1) Bersihkan Bahan Perak dari kotoran minyak dgn membasuh menggunakan Ubat gigi dan di bilas dgn air

2) Sediakan bekas plastik dan salut permukaan dalam bekas dengan Aluminium Foil

3) Tuangkan serbuk Sodium Karbonat dalam bekas plastic bersalut Aluminium



4) Tuangkan air panas ke dalam berkas ( akan ada reaksi kimia antara sodium dan aluminium)



5) Rendam Barangan Perak tadi di dalam bekas selama 15 Min (Pastikan Barangan Perak menyentuh Aluminuim)



6) Berus dan basuh barangan perak dengan gerus gigi terpakai hingga hilang kotoran

7) Bilas barangan yang telah siap diberus dan keringkan dengan kain kapas yang bersih

8) Prosses selesai dan bahan perak akan bersinar seperti baru – Insyallah

TOTAL COST - KURANG RM20



Selamat mencuba