Pendapat ini adalah hampir benar tapi tidaklah benar sepenuhnya. Ini adalah kerana faktor2 terjadinya petina (SnO2 / PbO2) ini boleh terhasil secara natural (semulajadi) ataupun dibuat dgn sengaja dengan menggunakan pelbagai kaedah (tiruan).
Beberapa kajian telah saya lakukan bagi mengenalpasti petina semulajadi dan petina buatan bagi perkongsian rakan2 dalam memantapkan lagi pengetahuan dalam dunia hobi matawang kesultanan ini. Saya mengharapkan comment dan pandangan tuan/puan sekiranya ada kekhilafan atau info yang tersasar dan perlu diperbetulkan untuk kebaikan bersama.
Petina semulajadi pada matawang timah kesultanan dan ciri2nya
Di nusantara, kerajaan terdahulu telah menggunapakai logam timah dan plumbum bagi pengeluaran matawang. Walaupun Timah dan Plumbum adalah material logam yg berbeza, ia sering digunakan kerana asbab karekter logam yg hampir serupa dan suhu cairan yang rendah. Kedua2 jenis logam ini juga banyak kedapatan dalam bentuk bijih dinegara ini dan negara2 sekelilingnya dan aktiviti perlombogan adalah sumber ekonomi bagi kerajaan terdahulu. Logam Plumbum lebih berat dan tumpat dari logam timah.
Penghasilan petina semulajadi pada coin2 timah kesultanan melayu bergantung kepada keadaan dimana ia tersimpan lama (dormant). Petina akan lebih menebal apabila environment keliling matawang ini tinggi dgn sumber berasid / beralkali, lembapan yang tinggi dan bersuhu panas. Kebanyakan jumpaan matawang timah didalam tanah akan lebih tebal petinanya berbanding matawang yg dijaga rapi atau disimpan turun temurun. Temuan di kawasan yang terdedah dgn sumber acid dan alkali mendorong pembentukan petina yang tebal seperti tanah/lumpur berbelerang, air masin laut dsb (refer cookies tin coin foto). Dalam keadaan extreme, petina ini akan juga bergabung dengan tanah1 sekeliling membentuk lapisan yg sangat tebal. Cubaan untuk melihat logam didalam lapisan tebal ini telah dibuat dan hasilnya - Matawang damaged beyond repair - logamnya rapuh dah berwarna hitam/kelabu gelap.
Dalam keadaan environment yg sama, Timah (tin/Sn) adalah lebih immune / lambat untuk teroksida berbanding Plumbum (Pb). Didalam keadaan terkawal (lab); bagi cairan timah dan cairan plumbum, apabila logam mengeras dan sejuk, timah akan kekal cerah dan berkilat , manakala logam plumbum akan mula bertukar warna kusam kebiruan pada permukaannya akibat teroksida dari udara sekeliling.
Bagi matawang kesultanan, kadar campuran antara Timah dan Plumbum agak berbeza2. Ada yang lebih plumbumnya, dan ada yang lebih pula timahnya, dan ada juga logam2 lain (zink, besi, tembaga etc) yang tercampur sekali mengakibatkan tiada konsistancy dalam pembentukan lapisan petina pada jumpaan (dalam tanah) dari lokasi yang sama.
Berikut adalah ciri-ciri petina asli pada matawang timah kesultanan melayu
1) Lapisan oksida ( petina) ini secara naturalnya melindungi logam didalamnya dari terhakis dan rosak. Ini dibuktikan dgn ujian guris pada kertas putih (quick test). Bagi matawang yang berpetina matang, malah ada yang petina hanya lapisan micron sahaja, goresan pada kertas putih tidak akan meninggalkan kesan hitam. Penggunaan petina buatan (palsu) tidakkan memberi hasil yang sama
Note - Kebanyakan kolektor menggunakan ujian guris ini bagi membuktikan samada material adalah Lead atau Tin. Akan tetapi hasil penyelidikan saya, objective ujian ini adalah amat tersasar jauh kerana bagi logam timah atau Plumbum, (tampa lapisan petina); kedua2nya akan menghasilkan line hitam. hanya ujian XRF lab sahaja yg dapat menentukan kandungan material sebenar dalam satu2 matawang.
2) Petina yg terjadi secara semulajadi mengambil masa yg lama untuk membentuk dan menebal (bergantung pada situasi dimana ia dormant). Petina asli yang terbentuk amat sukar untuk dibuang atau tanggal melainkan dengan penggunaan kaedah yang boleh merosakan coin tersebut. Bagi petina buatan, ia amat mudah tertanggal/hilang hanya dengan penggunaan cecair hakisan yang nipis (light) malah rendaman minyak zaiton sahaja sudah memadai.
3) Bagi matawang yang baru sahaja diselamatkan dari tertanam lama dalam tanah, walau selepas ia dibersihkan, dalam sebulan dua, jika tidak diminyakkan, akan wujud kesan2 debu hitam penandaan process pereputan bermula. situasi ini dapat dipulihkan dengan perlindungan dari minyak leenseed dan kaedah pemuliharaan yang lain. Bagi Petina buatan - perkara ini tidaj akan berlaku.
Petina Buatan / Palsu untuk Tin/Plumbum dengan penggunaan cecair asid
Posting kali ini adalah pendedahan bagi penghasilan petina tiruan menggunakan bahan commercial cecair asid yg mudah didapati di pasaran
Dengan hanya menggunakan carian internet "Black Petina Solution", akan terhasil berbagai product yg boleh dibeli bagi menghasilkan petina tiruan.(refer foto)
Cecair yang bersifat asid ini akan menghasilkan lapisan hitam pada timah dan Plumbum dengan hanya beberapa saat. Setelah disapu dan dibilas, maka berubahlah warna logam itu menjadi hitam kusam yg seakan2 petina mewujudkan visual tua pada object logam tin/plumbum ini.
Bagi tujuan penipuan commercial, setelah di"petinakan" logam timah yang baru dibuat, penjual akan mengaul / memupuk pula tanah dan menghasilkan senario tua / antik pada satu2 object tersebut yang kemudiannya dijual sebagai antik dgn harga yang sangat tinggi.
Berikut adalah cara mengenal pasti petina tiruan dari larutan acid
1) Ujian gores - Walaupun nampak tebal dan warna petina hitam yang nyata, dalam ujian gores, kan tetap wujud garisan hitam ( sila refer foto)
2) Petina tiruan akan tertanggal mudah apabila dibasuh/sapu dengan cecair penghakis nipis ( light) seperti thinner atau jus asam limau. Petina Asli tidak mudah tanggal ( sila refer foto)
3) Jika direndam dalam minyak zaitun juga, petina tiruan akan tanggal mudah setelah kurang dari seminggu rendaman. menampakkan logam asal/baru yang berkilat