Facebook

Memaparkan catatan dengan label Alatan Memotong Batu Permata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Alatan Memotong Batu Permata. Papar semua catatan

Ahad, 27 April 2014

Perkongsian Ilmu - Process Membentuk Batu Permata

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera buat rakan2 sekalian. Moga senentiasa diRahmati Allah SWT

Sudah lama saya tidak update Blog ini atas sebab kesibukan bekerja. Untuk makluman rakan2, saya tidaklah fulltime berniaga, tiada pun kedai physical dan hanya berniaga kecil kecilan dikedai virtual melalui laman blog yg sederhana ini. Saya cuba sehabis baik untuk memberi perkhidmatan yg selayaknya buat rakan2 dan alhamdullilah dengan sokongan rakan2 masih lagi saya dapat bernafas diarena perniagaan secara kecil kecilan ini. Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan rakan2 dan sememangnya harapan saya agar rakan2 bermenafaat dari kurniaan Allah SWT buat hamba2nya melalui kekuasaanNya akan kejadian Alam Semesta ini.

Baiklah, posting ini, ingin saya berkongsi serba sedikit pengalaman saya dalam memprocess batu raw kepada batu permata yang cantik indah moga dapat rakan2 yang berminat dengan hobby ini sedikit sebanyak dapat juga membuatnya dan Insya Allah dapat menjana pendapatan sampingan buat keluarga...Insya Allah.

Permulaan bicara dengan gambar batu raw jenis Pyrite (batu kursani). Khasiat Pyrite ini insyallah baik untuk sakit kulit kerana kandungan sulfur didalamnya. Masyarakat melayu juga percaya akan kelebihan batu kursani sebagai asbab ketahanan kulit...Wallahuallam.

Projek canai batu ini adalah sebagai trade-work antara sahabat saya dari Terengganu, tolong canaikan sebahagian batu raw kepunyaan beliau dan sebagai upah, sebahagian raw yang lain diberikan pada saya ...Alhamdullilah.


Ini adalah video saya memotong batu raw tersebut untuk dijadikan ketulan2 kecil.

Saya menggunakan mata diamond cutter 0.5 mm tebal supaya dapat menjimatkan batu yg dipotong.

Ini mata diamond cutter yang digunakan - Mata Pemotong Batu (Diamond Cutter) - 0.5mm


Antara hasil belahan batu



Inilah template tapak kepunyaan saya yang digunakan untuk mencanai batu. Saya akan sesuaikan template dengan potongan raw batu dan lukis di atas kertas, kemudian saya potong dan lekatkan pada batu. Kekadang ada juga rakan2 yang inginkan potongan dengan ukuran tertentu..maka saya akan buatkan tapak template yang bersesuaian dengan kehendak rakan2.


Beginilah foto setelah saya tampalkan kertas keratan template pada batu ...dan sekarang dah boleh mulakan canaian kasar membentuk permata


Canaian potongan batu ke bentuk kasar pun bermula. Saya akan mencanai berdasarkan tampalan kertas sebelum ini dan tingginya akan saya ukur mengikut kesesuaian.


Beginilah hasil selepas canaian peringkat pertama membentuk secara kasar.

Bermulalah pula peringkat melicinkan permukaan batu. Saya menggunakan kaedah manual tangan sahaja kerana perlu dikawal gosokan batu pada kertas pasir dari segi tekanan batu dan juga kelajuan. Ini amat penting bagi memastikan supaya permukaan batu yang digosok serata dan tidak berlekuk-lekuk

Kertas pasir digunakan dan sessi ini dilakukan berperingkat2 dari kertas pasir nombor 200, 400, 600, 800 dan 1000 atau 1200.

Batu2 ini akan digosok pada satu2 grit kertas pasir dan tip untuk berpindah ke kertas pasir yang lebih halus adalah apabila batu yang digosok tidak lagi ada "trace" atau tidak lagi terjejas / meninggalkan kesan pada kertas pasir tersebut.

Untuk mendapatkan permukaan gosokan yang lebih serata, dinasihatkan agar kita menggosok dengan cara pusingan...lebih afdal lagi kita lakukan mengikut arah lawan jam ( sunnah Rasulullah SAW).


Antara hasil selepas menggosok batu dengan kertas pasir



Setelah selesai peringkat gosokan terakhir samada diakiri grit kertas pasir 1000 atau 1200, bolehlah kita akhiri dengan process polishing. Saya menggunakan serbuk berlian yang ditaburkan sedikit pada kulit lembu dan dititiskan sedikit dengan minyak machinejahit  "Singer". Batu dipolish sehingga berkilat dan sama juga kaedahnya dengan cara pusingan lawan jam.



Beginilah hasil nya- Selamat mencuba - Insya Allah...semoga bermenafaat




Isnin, 10 Disember 2012

Alatan Memotong Batu Permata - bahan susah cari

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera

Buat sahabat2 yang mencari "tools" mencanai dan mempolish batu permata yang agak sukar disource....di sini dgn rasa rendah diri saya cuba membekal alatan tersebut buat rakan2 pencanai batu permata di luar sana




Serbuk Berlian

Precision Grade - KS-
Cara mempolish batu mengunakan serbuk diamond - sila click sini

Sebotol RM35 siap Pos Dalam Malaysia

Terima kasih atas Sokongan

1 unit - Tuan Abdul Rahman Dari Selangor
2 unit - Tuan Airy Dari Sabah
2 Unit - Terima Kasih sahabat dari Perak
1 Unit - Terima Kasih Cikgu Hashimi dari Perlis
1 Unit - Terima Kasih Zuri dari Selangor
1 Unit - Terima Kasih tuan Hawari dari Perak






 Mata Pemotong Batu (Diamond Cutter) - 0.5mm

Tebal Mata - 0.5mm
Diameter Mata - 15 cm ( 6 Inci)
Applikasi Memotong secara Basah ( Wet)

Sekeping - RM45 Siap Pos Dalam Malaysia

Terima kasih atas Sokongan
1 Unit - Terima kasih sahabat dari Perak
2 Unit - Terima Kasih Cikgu Hashimi dari Perlis







Piring Grinder Permata Aloi - Diamond grinder ( Side and Front)

Diameter - 15 cm (6 Inci)
Tebal - 1.2 cm(0.5 inci)
Applikasi Grinding secara Basah ( WET)

Percuma - Adapter ( worth rm20)

Harga Seunit - RM370 siap pos dalam Malaysia

Terima kasih atas Sokongan
1 Unit - Terima Kasih Cikgu Hashimi dari Perlis


Jumaat, 6 Julai 2012

Alatan2 Memotong Batu dan Kayu Untuk Buat Permata



 Assalamuaalikum dan selamat sejahtera

Pengunjung Blog saya yang Dikasihi lagi Dihormati

Dengan rasa rendah diri, ingin saya berkongsi maklumat tentang alatan2 yang saya gunakan dalam menprocess kebanyakan batu2 dan kayu2 di-dalam blog ini. Semoga dapatlah andainya ada yang hendak mula berniaga kecil kecilan bolehlah study design machine dan setupnya ...Apa2 pun latihan demi latihan demi latihan akan meningkankan daya skill anda dalam area ini...no short cut....Insyallah dgn izin Allah jua ...


Machine Pemotong batu (Low Cost Setup)

1) Table double Grinder - 60 or 80 Watts (Cost dalam RM 100 - RM150)
2) Water Guard - Besin Plastik atau modify guna Zink seperti dalam Gambar (cost (rm 20 - rm100)
3) Engineering Work - untuk fit Mata Grinder pada rod machine ( cost dalam rm50)
4) Plumbing and Water hosting ( cost bergantung pada design camna nak tap air dan lokasi machine)

contoh gambar setup machine potong batu low cost 




 Machine saya naik taraf dgn membuat water guard menggunakan aloi dan buat bench sekali ( hantar engineering - cost dalam rm100)


Contoh mata Grinder pemotong batu ( 1mm) boleh safe banyak batu pakai nie) - Susah nak dapat kat kedai2 hardware di mesia, saya pun cari di Siam :-)


Haa Mata Diamond nie banyak kedapatan di kedai2 hardware malaysia ...cos dalam rm40 ..saya guna nie buat trimming batu dan kayu


Dah siap potong kasar , saya guna batu asah utuk mengasah batu dan kayu pula ...nengok dah lekok habis hehehe

Ini pula adakah Kertas pasir version basah - mata grinder polimer beli kat Ebay - siap ada grid kehalusan untuk polish


Dah siap potong dan polish, final stage nak kena pakai diamond dust pula untuk kasi shining dan licin bak kulit bayi hehehe



Anyway ....inilah insyallah serba sedikit yg dapat saya kongsi...kalau nak detail lagi email ler saya di alamtunggal@gmail.com. Nanti lepas response email tu - saya post disini under FAQ area :-)

Selamat Maju Jaya..Semoga DiBerkati dan DiRahmati Allah SWT

Wassalam

Ruangan FAQ


Isnin, 10 Oktober 2011

Perkongsian Ilmu - Camna nak polish batu guna serbuk Berlian / Diamond Dust

Perkongsian Ilmu - Camna nak polish batu guna Serbuk Berlian / Diamond Dust ( ilmu di petik dari Abg Shah - Gunung Jerai)

Petua memilih serbuk berlian bermutu - Pilih serbuk yang berwarna kelabu kehitaman - Yg putih kurang bermutu

Bahan2

1) Kertas Minyak ( duplicate paper)
2) Kain kapas bersih
3) Kad Manila
4) Serbuk Berlian
5) Minyak Singer atau sewaktu dengannya (minyak yg licin  - minyak kelapa pun ok)
6) Kulit lembu atau kain Seluar Jeans tak pakai

Cara2

1) Lekatkan Kertas Minyak pada Kad Manila ( untuk buat foundation menggosok dan memudahkan simpanan

2) Ambil sedikit serbuk berlian - sikit aja lebih kurang 2 x saiz mata mancis dan tabur atas kertas Minyak

3) Titiskan sedikit minyak Singer diatas serbuk tadi dan boleh mula polish

4) Mulakan kerja  polish

     a) Sebaiknya batu dibuka dari rumah cincin
     b) Base batu dilekatkan pada sebatang kayu (dengan damar atau gam)
     c) Alas dgn kain dibawah kad manila tadi
     d) Lekapkan batu pada kertas yang sudah ada minyak dan serbuk diamond dgn tekanan yang sederhana
     d) Mula gosokan dgn speed yang sederhana dgn arah pusingan ikut lawan jam ( maintain arah pusingan  
         pada satu arah sahaja ya - jangan di ubah kerana akan boleh menyebabkan calar dan hakisan tidan
         sekata)
     e) Selepas 30 saat gosok - berhenti dan lap batu dgn kain - periksa keadaan batu
     f) Jika belum berpuas hati - sambung gosokan dan check setiap 30 saat
     g) lakukan hingga  batu licin dan berkilat seperti cermin ..hingga tuan berpuas hati :-)

5) Pabila sudah habis polish - lap batu dengan kain kapas bersih hingga clear habis minyak

6) Finishing dgn polish(gosok) atas kulit lembu atau kain Seluar Jeans ( Cotton) - kosong tiada minyak atau serbuk diamond ...gosok dgn tekanan sederhana sahaja untuk bersihkan batu dan final kilatan.

7) Simpan Kertas Minyak yg di lekat dgn kad manila tadi boleh dipakai berulang kali

Sebotol Serbuk diamond boleh tahan bertahun kalau pandai gunanya - insyallah

Warning - Serbuk diamond sangat halus dan tajam - bisa meresap kedalam kulit - Selepas selesai kerja - Basuh Tangan Bersih2 dgn Sabun