Facebook

Isnin, 10 Oktober 2011

Perkongsian Ilmu - Camna nak polish batu guna serbuk Berlian / Diamond Dust

Perkongsian Ilmu - Camna nak polish batu guna Serbuk Berlian / Diamond Dust ( ilmu di petik dari Abg Shah - Gunung Jerai)

Petua memilih serbuk berlian bermutu - Pilih serbuk yang berwarna kelabu kehitaman - Yg putih kurang bermutu

Bahan2

1) Kertas Minyak ( duplicate paper)
2) Kain kapas bersih
3) Kad Manila
4) Serbuk Berlian
5) Minyak Singer atau sewaktu dengannya (minyak yg licin  - minyak kelapa pun ok)
6) Kulit lembu atau kain Seluar Jeans tak pakai

Cara2

1) Lekatkan Kertas Minyak pada Kad Manila ( untuk buat foundation menggosok dan memudahkan simpanan

2) Ambil sedikit serbuk berlian - sikit aja lebih kurang 2 x saiz mata mancis dan tabur atas kertas Minyak

3) Titiskan sedikit minyak Singer diatas serbuk tadi dan boleh mula polish

4) Mulakan kerja  polish

     a) Sebaiknya batu dibuka dari rumah cincin
     b) Base batu dilekatkan pada sebatang kayu (dengan damar atau gam)
     c) Alas dgn kain dibawah kad manila tadi
     d) Lekapkan batu pada kertas yang sudah ada minyak dan serbuk diamond dgn tekanan yang sederhana
     d) Mula gosokan dgn speed yang sederhana dgn arah pusingan ikut lawan jam ( maintain arah pusingan  
         pada satu arah sahaja ya - jangan di ubah kerana akan boleh menyebabkan calar dan hakisan tidan
         sekata)
     e) Selepas 30 saat gosok - berhenti dan lap batu dgn kain - periksa keadaan batu
     f) Jika belum berpuas hati - sambung gosokan dan check setiap 30 saat
     g) lakukan hingga  batu licin dan berkilat seperti cermin ..hingga tuan berpuas hati :-)

5) Pabila sudah habis polish - lap batu dengan kain kapas bersih hingga clear habis minyak

6) Finishing dgn polish(gosok) atas kulit lembu atau kain Seluar Jeans ( Cotton) - kosong tiada minyak atau serbuk diamond ...gosok dgn tekanan sederhana sahaja untuk bersihkan batu dan final kilatan.

7) Simpan Kertas Minyak yg di lekat dgn kad manila tadi boleh dipakai berulang kali

Sebotol Serbuk diamond boleh tahan bertahun kalau pandai gunanya - insyallah

Warning - Serbuk diamond sangat halus dan tajam - bisa meresap kedalam kulit - Selepas selesai kerja - Basuh Tangan Bersih2 dgn Sabun

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Penerangan Lanjut Sila E-mail ke Alamtunggal@gmail.com