Facebook

Jumaat, 26 November 2010

Sekadar Petua Insya-Allah - Perihal Pokok Keluat




Sekadar Petua Insya-Allah

KELUAT

Keluat adalah pokok yang mempunyai daging kayu yang lembut yang sukar ditemui biasanya ia diperolehi dihutan Negeri Pahang. Keluat yang biasa ditemui ialah Keluat Nasi berwarna hitam dan Keluat Darah berwarna merah (macam darah). Keduanya pabila digesel pada kertas putih akan meninggalkan tanda warna yang sama dengan kayu ( Keluat Nasi - Hitam dan Keluat Darah - Merah)

Khasiat

1) Teras Keluat biasanya disusuk pada ayam sabung yang juga didakwa sama fungsinya dengan susuk yang ditanam pada badan manusia. Teras Kayu Keluat akan diasah sehingga tajam seperti jarum serta dipuja menggunakan jampi tertentu sebelum ditanam pada bahagian badan ayam sabung tersebut.

2) Dalam perubatan tradisional, teras keluat diguna untuk membangkitkan tenaga dalaman individu yang sakit tetapi caranya tidak sama digunakan kaki ayam terbabit. khasiat yang selalu diperkatakan tentang teras keluat ini adalah untuk ketahanan kulit sehingga kebanyakan peninju tomoi akan mengamalkan minuman air teras akar keluat disamping menjadikannya sebagai cincin atau gelang.

3) Kebal dan tahan urat : terasnya direndam dalam air suam untuk amalan minum harian.

4) Mencuci perut (julap): akarnya dikeringkan dan direbus untuk diminum.

5) Ubat sakit gigi berlubang : akarnya diasah pekat,masukkan kedalam lubang gigi. Insyaallah 3 minit kesakitannya beransur lega.

6) Selusuh (mudah) bersalin : rendam akar dalam minyak masak sekadar setenggah cawan dan diminum.

7) Tahan lama jimak: Serbuk asahan kayu ini (terbaik adalah akarnya) dan dibasahkan dgn air sedikit - Sapu pada kemaluan 5 minit sebelum bertarung. Kemaluan hanya boleh kendur setelah dibasuh dengan air. Kalau tidak sampai ke subuhlah berkayuh tak berhenti.

8) Teras ini juga dikatakan boleh digunakan memasung makhluk halus oleh pengamal perubatan tradisional yang mahir.

9) Awet Muda - Gosok - Ambil Serbuk sedikit di campur air suam - minum setiap Pagi sebagai amalan hidup sihat.

10) fighter Tomoi di Siam, ikat teras keluat di pingang depa – katanya bagi tahan sakit kena belasah masa dalam ring.


Peringatan - Bagi yang membuat amalan minum rendaman air kayu keluat - di nasihatkan melakukan activiti physical agar perjalanan darah lancar. Tidak sesuai bagi golongan yang tidak active dan hanya kerja mengadap PC :-)


(source dari Internet dan petua orang tua-tua)

2 ulasan:

  1. salam tuan..
    1.berapa maharnya untuk teras keluat ini?
    2.dalam jenis apa yang ada pada tuan? cth:gelang,loket,permata,tasbih atau ketulan kecil yang belum di canai
    3.dan berapa mahar untuk jenis2 di atas?
    4.adakah maharnya "Fix Price" atau masih bolih dirunding bagi yang kurang berkemampuan?

    diharap tuan dapat membalas soalan saya dan semuga tuan sentiasa didalam rahmat Allah S.W.T Amin...

    BalasPadam
  2. Walaikumsalam wbt Tuan Bhaihaqi

    Terima Kasih atas pertanyaan Tuan tentang perihal kayu keluat ini

    Saya ada menyimpan sedikit sahaja kayu keluat ini dari jenis Keluat nasi dan Keluat Darah/Merah

    Saya boleh membuatkan permata cincin atau loket sahaja kerana tidak cukup untuk buat gelang atau tasbih...dan harganya bergantung pada saiz tempahan

    Jika berminat harap tuan dapat email atau sms saya

    Semoga tuan diRahmati dan diBarkati Allah SWT

    Wassalam

    Alamtunggal

    BalasPadam

Penerangan Lanjut Sila E-mail ke Alamtunggal@gmail.com