Facebook

Ahad, 27 April 2014

Perkongsian Ilmu - Process Membentuk Batu Permata

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera buat rakan2 sekalian. Moga senentiasa diRahmati Allah SWT

Sudah lama saya tidak update Blog ini atas sebab kesibukan bekerja. Untuk makluman rakan2, saya tidaklah fulltime berniaga, tiada pun kedai physical dan hanya berniaga kecil kecilan dikedai virtual melalui laman blog yg sederhana ini. Saya cuba sehabis baik untuk memberi perkhidmatan yg selayaknya buat rakan2 dan alhamdullilah dengan sokongan rakan2 masih lagi saya dapat bernafas diarena perniagaan secara kecil kecilan ini. Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan rakan2 dan sememangnya harapan saya agar rakan2 bermenafaat dari kurniaan Allah SWT buat hamba2nya melalui kekuasaanNya akan kejadian Alam Semesta ini.

Baiklah, posting ini, ingin saya berkongsi serba sedikit pengalaman saya dalam memprocess batu raw kepada batu permata yang cantik indah moga dapat rakan2 yang berminat dengan hobby ini sedikit sebanyak dapat juga membuatnya dan Insya Allah dapat menjana pendapatan sampingan buat keluarga...Insya Allah.

Permulaan bicara dengan gambar batu raw jenis Pyrite (batu kursani). Khasiat Pyrite ini insyallah baik untuk sakit kulit kerana kandungan sulfur didalamnya. Masyarakat melayu juga percaya akan kelebihan batu kursani sebagai asbab ketahanan kulit...Wallahuallam.

Projek canai batu ini adalah sebagai trade-work antara sahabat saya dari Terengganu, tolong canaikan sebahagian batu raw kepunyaan beliau dan sebagai upah, sebahagian raw yang lain diberikan pada saya ...Alhamdullilah.


Ini adalah video saya memotong batu raw tersebut untuk dijadikan ketulan2 kecil.

Saya menggunakan mata diamond cutter 0.5 mm tebal supaya dapat menjimatkan batu yg dipotong.

Ini mata diamond cutter yang digunakan - Mata Pemotong Batu (Diamond Cutter) - 0.5mm


Antara hasil belahan batu



Inilah template tapak kepunyaan saya yang digunakan untuk mencanai batu. Saya akan sesuaikan template dengan potongan raw batu dan lukis di atas kertas, kemudian saya potong dan lekatkan pada batu. Kekadang ada juga rakan2 yang inginkan potongan dengan ukuran tertentu..maka saya akan buatkan tapak template yang bersesuaian dengan kehendak rakan2.


Beginilah foto setelah saya tampalkan kertas keratan template pada batu ...dan sekarang dah boleh mulakan canaian kasar membentuk permata


Canaian potongan batu ke bentuk kasar pun bermula. Saya akan mencanai berdasarkan tampalan kertas sebelum ini dan tingginya akan saya ukur mengikut kesesuaian.


Beginilah hasil selepas canaian peringkat pertama membentuk secara kasar.

Bermulalah pula peringkat melicinkan permukaan batu. Saya menggunakan kaedah manual tangan sahaja kerana perlu dikawal gosokan batu pada kertas pasir dari segi tekanan batu dan juga kelajuan. Ini amat penting bagi memastikan supaya permukaan batu yang digosok serata dan tidak berlekuk-lekuk

Kertas pasir digunakan dan sessi ini dilakukan berperingkat2 dari kertas pasir nombor 200, 400, 600, 800 dan 1000 atau 1200.

Batu2 ini akan digosok pada satu2 grit kertas pasir dan tip untuk berpindah ke kertas pasir yang lebih halus adalah apabila batu yang digosok tidak lagi ada "trace" atau tidak lagi terjejas / meninggalkan kesan pada kertas pasir tersebut.

Untuk mendapatkan permukaan gosokan yang lebih serata, dinasihatkan agar kita menggosok dengan cara pusingan...lebih afdal lagi kita lakukan mengikut arah lawan jam ( sunnah Rasulullah SAW).


Antara hasil selepas menggosok batu dengan kertas pasir



Setelah selesai peringkat gosokan terakhir samada diakiri grit kertas pasir 1000 atau 1200, bolehlah kita akhiri dengan process polishing. Saya menggunakan serbuk berlian yang ditaburkan sedikit pada kulit lembu dan dititiskan sedikit dengan minyak machinejahit  "Singer". Batu dipolish sehingga berkilat dan sama juga kaedahnya dengan cara pusingan lawan jam.



Beginilah hasil nya- Selamat mencuba - Insya Allah...semoga bermenafaat




Selasa, 6 Ogos 2013

Salam Aidilfitri 1434 AH



Salam Aidilfitri 1434 AH - Minal Adil Wal Fa Izin 

Maaf Zahir dan Batin 

Semoga senentiasa diRahmati dan diBarkati Allah SWT

Semoga berbahagia bersama keluarga tercinta

Semoga selamat perjalanannya...Amin


Selamat Hari Raya Buat Sahabat2 Semua

Jumaat, 12 Julai 2013

Keris Melayu Semenanjung - Pamur Gigi Yu






Keris Melayu Semnanjung Pamur Gigi Yu 

Ketandaan Tapak Gajah

Kategori : Baru

Panjang keseluruhan : 38 cm
Panjang Bilah : 28 cm

Harga : RM750 Siap Pos dalam Malaysia

Terima kasih

Keris Melayu Charita - SOLD






Keris Melayu Charita 

Kategori Baru

Panjang keseluruhan - 45 cm
Panjang Bilah - 32 cm

Ring bulat pada pakaian dari bahan tanduk rusa
Hulu Jawa Demam berukir sederhana

Item telah berpindah milik - Terima Kasih Tuan Anis dari Kedah

Terima Kasih

Keris Melayu Pandai Saras Besi Sebatang - SOLD









 Keris Melayu Fatani Pandai Saras Besi Sebatang

Kategori bawah 100 tahun

Panjang Keseluruhan - 45 cm
Panjang Bilah - 35 cm

Item telah berpindah milik - Terima Kasih Tuan Anis dari Kedah

Terima Kasih

Badik Melayu Panjang Bermotif Naga






Buatan Anak Tempatan Pulau Pinang

Kategory - Baru
Panjang Keseluruhan - 48 cm
Panjang Mata - 28 cm

Harga RM600 siap Pos Laju Dalam Malaysia

Terima Kasih

Sabtu, 22 Disember 2012

Matawang Kedah Lama - Duit Timah Ayam Jantan 2 Ring Verity



Matawang Kedah - Ayam Ring Verity 2 Rings

Buat yang berminat 

Ukuran Mendatar - Head to Tail - 70 mm (approx)
Ukuran memanjang - Head to End Ring - 73 mm (approx)

Berat - 68.5 gram


For Sale

Duit Timah Ayam Jantan Negeri Kedah ini mula ditempa dan digunakan sebagai matawang di Negeri Kedah semasa era Pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Muadzam Shah II [ 1710 - 1773 ]. Duit ini ditempa mengunakan Timah yang berbentuk Ayam Jantan Sabung yang bertenggek diatas beberapa bulatan ring . Matawang Timah berbentuk Ayam Jantan ini mula diperkenalkan dan digunapakai sebagai matawang di Negeri Kedah dalam urusan transaksi perdagangan jual beli dan urusan pentadbiran Kesultanan Melayu Kedah pada abad itu diantara sekitar tahun 1710-1773 dizaman Pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Muadzam Shah II. Matawang ini terus digunakan sehingga Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukaram Shah III [ 1854 - 1879 ].

Nilaian Pertukaran Matawang Duit Timah Ayam Negeri Kedah mengikut Nilaian Semasa 1710 - 1854 berbanding dengan DOLLAR SEPANYOL.

 SATU AYAM JANTAN        =  5sen berbanding Dollar Sepanyol
                                               =  50 keping Token Singapore
                                              
SATU RING BULATAN        =  1 sen berbanding Dollar Sepanyol
                                               =   10 keping Token Singapore

Hubungi saya jika berminat untuk memiliki barang RARE ini

Terima Kasih

Ahad, 16 Disember 2012

Penang Emergency Coin - One Cent (Pice) No Date (1804-1805) - "GF" - Governor Farquhar - SOLD




Buat yang berminat

Penang Emergency Coin - One Cent (Pice) No Date  (1804-1805) - "GF"

Governor Farquhar - Countermarked with chinese Character "CHI"

Weight - 50.9 grams
Diameter - 47 mm
Thickness - 6 mm

SOLD to Tuan Noor Fadzly dari KL

Terima Kasih

Isnin, 10 Disember 2012

Pitis Timah Kelantan Sultan Muhammad II 1838-1886 - SS9 (P183)




Pitis Timah Kelantan Sultan Muhammad II 1838-1886 - SS9 (P183)

OBV - Karam Duriba Sanat 1256 AH
REV - Khalifatul Muminin

Code Item DEC-001

RM45 seunit Siap Pos Laju dalam Malaysia


No 1 - Sold - Terima kasih Tuan Salihin Dari Selangor

Alatan Memotong Batu Permata - bahan susah cari

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera

Buat sahabat2 yang mencari "tools" mencanai dan mempolish batu permata yang agak sukar disource....di sini dgn rasa rendah diri saya cuba membekal alatan tersebut buat rakan2 pencanai batu permata di luar sana




Serbuk Berlian

Precision Grade - KS-
Cara mempolish batu mengunakan serbuk diamond - sila click sini

Sebotol RM35 siap Pos Dalam Malaysia

Terima kasih atas Sokongan

1 unit - Tuan Abdul Rahman Dari Selangor
2 unit - Tuan Airy Dari Sabah
2 Unit - Terima Kasih sahabat dari Perak
1 Unit - Terima Kasih Cikgu Hashimi dari Perlis
1 Unit - Terima Kasih Zuri dari Selangor
1 Unit - Terima Kasih tuan Hawari dari Perak




video


 Mata Pemotong Batu (Diamond Cutter) - 0.5mm

Tebal Mata - 0.5mm
Diameter Mata - 15 cm ( 6 Inci)
Applikasi Memotong secara Basah ( Wet)

Sekeping - RM45 Siap Pos Dalam Malaysia

Terima kasih atas Sokongan
1 Unit - Terima kasih sahabat dari Perak
2 Unit - Terima Kasih Cikgu Hashimi dari Perlis







Piring Grinder Permata Aloi - Diamond grinder ( Side and Front)

Diameter - 15 cm (6 Inci)
Tebal - 1.2 cm(0.5 inci)
Applikasi Grinding secara Basah ( WET)

Percuma - Adapter ( worth rm20)

Harga Seunit - RM370 siap pos dalam Malaysia

Terima kasih atas Sokongan
1 Unit - Terima Kasih Cikgu Hashimi dari Perlis


Isnin, 26 November 2012

Set Coin Kesultanan Melayu - All Item SOLD

Assalamualaikum wbt ...buat Sahabat2 yang diRahmati Allah SWT

Ini adalah koleksi matawang Timah zaman kesultanan Melayu yang terdahulu. Antara warisan yang dilupakan. Saya berasa beruntung kerana dikurnia Allah SWT rezeki memiliki matawang ini dan ingin saya berkongsi dengan peminat2 set Matawang Timah dari Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. Dipersilakan kepada yang berminat untuk menghubungi saya bagi memiliki Set Matawang ini....ia Sejarah Tanah Melayu yang tidak rugi dijadikan koleksi warisan...Insyallah kesemua matawang ini adalah asli dan antik sepenuhnya



Dari Kiri

1) Pitis Timah Negeri Kelantan - Tahun 1770 - 1882, Rujukan Buku Matawang Saran Singh - SS1

   OBV dan Rev - tulisan "Khalifatul Mukmin"

2) Pitis Timah Negeri Kelantan - 1321 AH (1904) - Rujukan Saran Singh - SS24

    Obv - tulisan - "Belanjaan Kerajaan Kelantan"
    Rev - tulisan - "Duriba Fi Dhu'l Hijja Sanat 1321"

3) Tera Timah Negeri Kedah - Tahun Alif 1224 AH (1809) - Rujukan Saran Singh - SS14

    Obv - tulisan - "Tahun Alif 1224"
    Rev - tulisan - "Balad Kedah Darul Aman"

4) Tera Timah Negeri Kedah - Tahun 1180 AH (1768) - Rujukan Saran Singh - SS 13A
     Obv - tulisan - "Darul Aman Sanat 1180"
     Rev - tulisan - "Belanja Kedah"

5) Pitis Timah Negeri Terengganu - Kurun ke 18 dan awal kurun ke 19 - Rujukan SS 26
     Obv - tulisan "Malik Al Adil"
     Rev - blank

6) Pitis Timah negeri Terengganu - Kurun ke 18 dan awal kurun ke 19 - Rujukan SS 28

    Obv - tulisan "Malik Al Adil"
     Rev - blank

Permata Cincin Batu Leleh Pahang - New in Stok


Batu Leleh Pahang

Khosiat Batu Leleh


- Melancarkan Pengaliran Darah
- Ketahanan Kulit
- Penawar Bisa

Dimensi dan Harga

1) Leleh-1 = 17 x 14 x 8 mm - RM 120
2) Leleh-2 = 15 x 10 mm       - RM 120

3) Leleh-3 = 17 x 12 x 8 mm  - RM 120
4) Leleh-4 = 17 x 11 x 7 mm  - Rm 100
5) Leleh-5 = 15 x 12 x 7 mm  - RM 80
6) Leleh-6 = 15 x 12 x 6 mm  - RM 100

Harga termasuk Pos Laju dalam Malaysia

Semoga Bermenafaat - Insyallah

Terima Kasih

Petua - Rahsia pukulan berat - Anak Lesung Patah

Assalamualaikum wbt buat Sahabat2 yang dikasihi dan dihormati ...Semoga senentiasa diRahmati dan diBarkati Allah SWT.

Dengan izin Allah dan dengan rasa rendah diri saya ingin berkongsi satu petua dari guru saya di Johor. Beliau berketurunan Jawa, merupakan ahli pengamal perubatan traditional nusantara ....juga seorang pencanai batu cincin yang amat merendah diri . Antara perkongsian ilmu beliau berkenaan semangat kekuatan seorang Ibu .... Dengan rahmat Allah SWT seorang wanita amat kuat  pabila dikurniakan kelebihan menahan sakit melahirkan anak. Sakit yang tidak terbayang dan tidak tertahan oleh seorang lelaki yang gagah perkasa sekalipun. Semangat dan doa seorang ibu jualah yang senentiasa tak lekang buat anak2 beliau ...doa yang baik2 belaka....

Ibu jualah yang senentiasa menjaga hal ehwal keharmonian sesebuah rumahtangga. Semangat sesebuah rumah bahagia dengan hasil penat lelah dan kasih sayang seorang Ibu- Mengemas rumah, memasak, mendidik anak2...pabila ibu memasak menumbuk sambal dengan penuh semangat untuk menyuap rezeki buat suami dan anak2...dan dikala dalam usaha menumbuk sambal lalu patah anak lesungnya dengan tidak disengajakan.., bagi yang mengetahui...amat terasa beruntunglah atas asbab semangat ibu tadi .....anak lesung yang patah ini dijadikan sumber semangat dan kekuatan. samada dibuat batu asahan senjata atau dijadikan batu cincin ....penambah semangat dikala berjuang. Wallahualam.

Batu anak lesung patah ini saya perolehi dari seorang sahabat dimana ia patah ketika ibunya menumbuk sambal sewaktu menyediakan juadah buat keluarga beliau.


Saya titipkan batu ini sebagai batu permata buat sahabat2 yang faham akan khasiat anak lesung patah ini.

Antara khasiatnya petua masyarakat Jawa

1) Pukulan berat dengan izin Allah
2) Lebihan kekuatan dengan izin Allah
3) Anti Kebal dengan izin Allah



Saiz dan Harga


1) Lesung-1 = 16 x 10 mm    - Rm 80
2) Lesung-2 = 19 x 13 x 9 mm    - SOLD - terima kasih tuan Zam dari Pahang
3) Lesung-3 = 14 x 8 mm    - SOLD - terima Kasih Tuan Azrul dari Johor
4) Lesung-4 = 16 x 12 x 10 mm  - RM 60

Harga temasuk Pos Laju Dalam Malaysia

Semoga bermenafaat Insyallah

Wallahualam

Permata Cincin Batu Petir Api Kedah - All Item Sold




Permata Batu Petir Api


Perihal Batu Petir

Batu Petir banyak pada nilai mistikalnya. batu petir banyak dipakai oleh panglima2 lama samada dibuat gelang/cincin ataupun dipasak pada senjata. Antara pahlawan terkenal yang dikhabarkan memakai batu petir seperti Laksamana Cheng Ho (hulu Pedangnya dari Batu Petir), Laksamana Tok Hang Tuah (diikat pada Gelang Lengan), Pahlawan Tok Mat Kilau (dipakai di celah jari kedua kaki) ...Wallahualam hanya dikhabarkan dan tidak dapat saya buktikan.....

Antara khosiat batu petir (dgn Izin Allah SWT jua)

   1) Pukulan Berat
   2) Tidak disukai makhluk2 ghaib  - Insyallah mengelakkan gangguan dari mereka
   3) Kurang ketakutan/gugup - Berani dan Confident - Leadership quality
   4) Pantas / tak mudah penat

Ukuran dan Harga


1) Petir-1 = 21 x 16 x 11 mm  - Sold - Terima Kasih Tuan Aiyri dari Kuala Lumpur
2) Petir-2 = 18 x 18 mm          - Sold - Terima Kasih Tuan Aiyri dari Kuala Lumpur
3) Petir-3 = 20 x 9 mm            - Sold - Terima Kasih Tuan Aiyri dari Kuala Lumpur
4) Petir-4 = 17 x 14 x 8 mm    - SOLD - Terima kasih tuan Zamri dr Kedah
5) Petir-5 = 19 x 12 x 8 mm    - SOLD - Terima kasih Tuan Mohammad dari terengganu
6) Petir-6 = 17 x 13 7 mm       - SOLD - terima kasih tuan Zam dari Pahang
7) Petir-7 = 16 x 9 x 7 mm      - SOLD - terima kasih tuan Tarmizi dari Perak
8) Petir-8 = 15 x 10 x 7 mm    - Sold - Terima Kasih Tuan Junaidi dari Sabah
9) Petir-9 = 18 x 12 x 5 mm    - Sold - Terima Kasih Tuan Ayie dari N9




Test Pen (berbateri) yg ditest pada batu Petir-3....menunjukkan batu petir ini bisa mengalirkan arus elektirk ...melengkapkan litar dan menyalakan LED test pen. Seperti set batu petir yang terdahulu (naratiwat)...


Harga Termasuk Cost Pos Laju - Dalam Malaysia Sahaja :-)

Source Batu - Kodiang - Kedah

Semoga Bermenafaat - Insyallah

Khamis, 11 Oktober 2012

Loket Duit British North Borneo 1889



Org Dulu2 buat Loket Duit Tongkat British North Borneo - Jumpaan di Sg Kuala Muda - Kedah

Terima kasih