Facebook

Jumaat, 26 November 2010

Sekadar Petua Insya-Allah- Perihal Kunyit Hitam dan Halia Merah

Sekadar Petua Insya-Allah

KUNYIT HITAM


Terdapat 2 jenis kunyit hitam


1.yang biasa iaitu lebih menjurus kepada perubatan

2.yang dikatakan dari alam ghaib yang lebih kegunaannya mengikut kata sebagai salah satu medium untuk membuat ibu duit dan membuat duit.(Jangan lah terlalu percaya benda yang karut marut ini terlalu sangat.Ibu Duit adalah kita...jika kita bekerja,kita lah IBU DUIT.)

Cara menguji (kunyit hitam dari alam Ghaib)

1) kunyit hitam yang original paling mudah dengan cara Tanak nasi kemuadian contengkan apa bentuk sekali pun di atas tudung periuk nasi sekiranya nasik yang di tanak berubah menjadi hitam.. sememangnya kunyit hitam itu adalah asli.

2) kunyit hitam yg asli bila di palitkan pd telapak tangan,lihat la pd sebelahnya,juga terpalit.cara nak tau keasliannya, ujilah dengan buluh,jika ianya bbenar2 kunyit hitam,buluh itu juga akan hitam

Khasiat kunyit hitam (yang ditanam / dari India) - Alami
- untuk mengubat santau atau bisa dan juga untuk mengubat segala jenis kanser.

HALIA MERAH (BARA)

Halia Merah merupakan sejenis halia tetapi ia berwarna merah. Bentuk pokoknya adalah serupa dengan halia biasa (yang biasa digunakan dalam masakan) hanya ia lebih kecil dan lebih rendah. Rimpang atau buahnya juga kecil dan berwarna merah. Aromanya sama seperti bau halia biasa namun lebih tajam. Bahagian tanaman ini yang memiliki khasiat penyembuh adalah rimpang atau akarnya.

Halia merah mengandung 2.50—3.90% minyak asiri yang terdiri dari senyawa zingiberin, kamfena, lemonin, zingiberen, zingeberal, gingeral, dan shogool. Bukan itu sahaja, Halia merah juga mengandung minyak damar, pati, asid organik, asid malat, asid aksolat, gingerin, dan oleoroksin.

Khasiatnya

Kunci kesihatan seseorang sebenarnya bergantung pada kelancaran peredaran darah dalam badannya, jika aliran darah tersekat atau tersumbat, penyakit akan mudah untuk timbul, antaranya seperti rheumatik, sakit pinggang, gout dan badan mudah letih, masalah-masalah ini dapat di atasi menggunakan halia merah.

Selain itu rimpang halia merah juga dapat melegakan saluran pernafasan, menambahkan air susu ibu, mengembalikan selera makan, meredakan batuk dan selesema, serta meningkatkan kualiti kehidupan seksual.

Untuk mengubati batuk kering dan perut mulas, halia merah boleh dikunyah langsung atau dengan cara diperah dan diminum airnya, lakukan sebanyak tiga kali dalam sehari, selama tiga hari berturut-turut atau sampai gejala penyakit reda. Untuk mengatasi luka atau melecet, cukuplah dengan cara menempelkan halia merah yang ditumbuk pada luka.

Hal sama juga dapat dilakukan pada luka-luka, terkena duri dan gatal-gatal, khasnya pada luka terkena gigitan ular, caranya tumbuk halia merah kemudian dibubuh sedikit garam dan seterusnya dilekatkan pada luka tersebut

Pengganti Viagra

Tanpa melalui proses sintetis, halia merah sememangnya telah kaya dengan kandungan kimia, seperti unsur 1, 8 cineole yang berperan mengatasi ejakulasi pramatang, sementara anestetik antikholinesterase mampu merangsang aktiviti saraf pusat dan merangsang ereksi. Selain merangsang ereksi dan mengatasi ejakulasi pramatang, mencegah kemandulan dan memperkuat daya tahan sperma. Unsur farnesal yang terkandung dalam tanaman ini juga mampu mencegah proses penuaan karena ia berperanan merangsang regenerasi sel kulit.

Untuk menambah gairah seksual, Anda dapat mencampur jahe dengan lengkuas, mengkudu, lada, telur ayam kampung dan sedikit garam. Caranya: tumbuk halus lengkuas, jahe dan lada. Kemudian air perahan buah mengkudu masak ditambahkan pada air rebusan. Setelah itu, campuran ini ditapis hingga menjadi satu gelas air ramuan, tambahkan garam kemudian kacau hingga sebati.

Segelas ramuan kemudian dibahagikan pula kepada dua bahagian, masing-masing ditambahkan dengan sebiji kuning telur ayam kampung, kemudian kacau hingga sebati dan ramuan ini sedia diminum oleh suami dan isteri yang memerlukannya. Jika mahu boleh juga ditambahkan dengan madu lebah.

(sumber dari article Internet)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Penerangan Lanjut Sila E-mail ke Alamtunggal@gmail.com