Facebook

Jumaat, 26 November 2010

Pandangan Masyarakat dari India Kuno Mengenai Khosiat Batu Permata

Dalam bidang astrologi terutamanya yang berkaitan dengan kepercayaan timor bangsa India 9 planet dikaitkan dengan 9 jenis batu permata

1.Matahari di kaitkan dengan Delima(Ruby)

2.Bulan dikaitkan dengan Mutiara

3.Marikh dikaitkan dengan Red Coral

4.Mercury dikaitkan dengan Emerald

5.Jupiter dikaitkan dengan Sapphire Kuning

6.Venus dikaitkan dengan Berlian

7.Saturn dikaitkan dengan Blue Sapphire

8.Rahu dikaitkan dengan Gomedha(Garnet)

9.Ketu dikaitkan dengan Cat Eye

NB: Dalam astrology Hindu Rahu dan Ketu dikenali sebagai 2 planet yang ghaib dan Rahu dan Ketu adalah titik astronomi dilangityang dikenali sebagai north and south lunar nodes.

Dalam bidang batu permata walaupun ada diantaranya bukanlah jenis batu permata yang berharga namun kerana ianya ada kaitan dengan planet maka ianya kira sebagai sesuatu yang wajar kerana sifat pemulihannya.Apabila sinar cahaya diapplikasikan(dipancarkan) terhadap 9 jenis batu permata tersebut ianya merekodkan jarak atau ukuran gelombang

1.Delima (70,000)

2.Mutiara(70,000)

3.Coral(65,000)

4.Emerald(75,000)

5.Yellow Sapphire(50,000)

6.Berlian(60,000)

7.Blue Sapphire(79,000)

8.Gomedha(Garnet)(70,000)

9.Cat Eye(70,000)

Ianya mungkin nyata dan jelas bahawa batu permata yang dinyatakan adalah umpama gudang yang menyimpan tenaga kosmos dan disebabkan oleh inilah tenaga positif yang kuat dipergunakan untuk tujuan yang bermanfaat. Sebagaimana ubat yang berkemampuan untuk memulihkan penyakit dengan daya tindak balasnya maka batu permata ini juga bertindak menentang dan mengurangkan daya atau rasa sakit yang disebabkan oleh kesan dari planet.Untuk memahami tenaga yang dilepaskan oleh batu permata itu perlulah kita mengetahui dan membandingkan sinaran yang terdapat pada planet yang dinyatakan.

Apabila cara ini diapplikasikan pada gerak atau sensasi yang bergetar pada planet tersebut kita mendapati keputusan begini

1.Matahari(65,000)

2.Bulan(65,000)

3.Marikh(85,000)

4.Mercury(65,000)

5.Jupiter(1,30,000)

6.Venus(1,30,000)

7.Saturn(65,000)

8.Rahu(35,000)

9.Ketu(35,000)

Kesemua gerak sensasi planet ini adalah negatif .Gelombang negatif ini perlulah di stabilkan dengan gerak sensasi positif batu permta atau ubatan.

Penderitaan dari penyakit yang sering menyerang kita boleh di kategorikan dengan 4 kumpulan

1.Rohani

2.Mental.

3.Fizikal

4.Sifat kedunian/material.

Apabila radiasi gelombang di applikasikan kepada batu permata satu kesan yang agak menakjubkan batu permata bertindak sebagai satu gudang penyimpan tenaga yang berfungsi atau bertindak membantu dalam bentuk sensasi getaran terhadap gejala penyakit.Perlu diketahui bahawa gelombang atau pancaran yang di keluarkan oleh planet bersifat negatif dimana pancaran gelombang batu permata pula adalah bersifat positif dan apabila positif dan negatif bertemu keduanya distabilkan .

Batu permata ini dikatakan setidaknya dapat membantu memulihkan beberapa jenis penyakit yang terdapat pada diri manusia dengan tindak balasnya yang tersendiri.Energy atau tenaga adalah elemen dalam bentuk gelombang dan pancaran.Pancaran ini mengandungi kesemua elemen atau kimia dalam bentuk zarah yang halus.Batu permata menyerap beberapa pancaran gelombang yang tertentu dan meyalurkannya kedalam tubuh dimana ianya segera berubah dalam bentuk elemen dan kimia iaitu hal yang merupakan akibat atau kesan dari penyerapan dan tindak balas tersebut dimana tubuh badan akan mula berfungsi dengan betul secara fizikal dan mental.


Nota: apa yang dinyatakan disini adalah beberapa teori penyelidikan dan kajian yang dilakukan oleh beberapa orang dan sedikit sebanyak mungkin melibatkan kajian sains yang telah dirujukkan dan dikaji.Hasil dari kajian dan kepercayaan inilah maka sekarang terdapat banyak pusat perubatan alternative yang mengunakan batu permata/kristal sebagai salah satu dari bahan rawatan mereka

(Petikan diceduk dari Sumber Internet)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Penerangan Lanjut Sila E-mail ke Alamtunggal@gmail.com