Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....... Blog ini didedikasi perkongsian berkenaan Barangan Mistik, Matawang Kesultanan melayu dan nusantara, Permata batu dan kayu terpilih, Khazanah Hutan dan Warisan Traditional Melayu.
Memaparkan catatan dengan label Senjata. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Senjata. Papar semua catatan
Jumaat, 12 Julai 2013
Badik Melayu Panjang Bermotif Naga
Buatan Anak Tempatan Pulau Pinang
Kategory - Baru
Panjang Keseluruhan - 48 cm
Panjang Mata - 28 cm
Harga RM600 siap Pos Laju Dalam Malaysia
Terima Kasih
Jumaat, 10 Ogos 2012
Pedang Siam Ayuthia
Pedang Siam Ayuthia
Panjang keseluruhan - 28 inci
Panjang Mata - 19 inci
tebal mata - 4.42 mm
Sarung dan hulu bahan tembaga disalut Perak Asam
Dimaharkan - Rm850.00 Siap Pos Dalam Malaysia
Category Baru - bawah 100 tahun
Terima Kasih
Khamis, 29 Mac 2012
Badik Berpamur
Badik Berpamur
Panjang Bilah - 8 inci
Panjang Keseluruhan - 13 inci
Category - Baru
Di Maharkan - RM200 - Siap Pos Dalam Malaysia
Terima Kasih
Rabu, 28 Mac 2012
Khamis, 10 November 2011
PROCESS MEMBERSIHKAN PUSAKA
Assalamuaalikum wbt buat yang berbahagia pembaca blog pulaumistik
Sempena Bulan Muharram, bulan yang menjadi pengemar /pengumpul senjata traditional untuk membasuh dan merawat pusaka dalam simpanan.
Bagi yang baru menceburi hobi ini atau yang tidak tahu bagaimana hendak memulakan process pembersihan...harapan saya agar posting ini sedikit sebanyak dapat membantu...insyallah
Note - ini hanyalah process basic dan tidak menyentuh tentang bab pengkhadaman keris atau sewaktu dengannya :-)
BAHAN-BAHAN ASAS
1) Limau Nipis 3 Biji
2) Sabun
3) Kain Kapas Bersih
4) Air Bersih / Mutlak
5) Larutan Cuka makan bagi karat yang tebal
6) Berus bulu halus seperti Berus gigi terpakai
PROCESS PEMBERSIHAN
1) Sebelum mencabut senjata dari sarungnya, mulakan dgn Basmallah dan doa kita kehadirat Allah SWT agar terselamat dari kecederaan dan kemudaratan sepanjang process pembersihan.
2) Pastikan kawasan keliling aman dari budak2 bermain dan pengudaraan yang selesa...
3) Cabut pusaka yang akan dibersihkan dari sarungnya...bagi keris adalah baik kiranya hulu dan pendokoknya ditanggalkan dan hanya bilah mata yang tinggal untuk dibersihkan. bagi parang atau badik...sebaiknya hulunya disalut dgn bahan kalis air seperti plastik yang ditape atau menggunakan plastik wrapper dan ditape keliling.
bagi Hulu yang ketat untuk ditanggalkan hendaklah direndam dengan air panas terlebih dahulu bagi mencairkan damar dan juga mengembangkan logam puting. Logam akan cepat panas dan mengembang cepat juga menguncup bila menyejuk...manakala hulu dari bahan kayu atau lain2 yang bukan logam akan lambat mengembang dan lambat pula mennguncup ..mengadakan ruangan selesa bagi hulu dicabut
4) Teliti keadaan bilah pusaka...samada ia berkarat atau tidak
Kaedah membasuh bilah yang tidak berkarat
Bagi bilah mata yang tidak berkarat, cukup sekadar membasuhnya dengan air mutlak dgn melalukan air di atas bilah bagi menghilangkan habuk2. Penggunaan sabun hendaklah berhati2 kerana bisa memutihkan pamur (kesan warangan akan menghilang). Sabun boleh digunakan bagi menghilangkan lapisan minyak yang lama...gunakan sabun dengan sentalan yang lembut sahaja.
Pabila sudah dibasuh, keringkan bilah dengan menggunakan kain kapas yang bersih. kaedahnya hanya dengan cara menekap dan bukan mengelap kuat untuk mengelakkan pamur pusaka dari tersangkut pada kain dan menrosakkan pamur bilah pusaka tersebut.
Setelah proses menekap dgn kain selesai, sandarkan mata pusaka pada dinding buat seketika agar diangin2kan.
Kemudian bolehlah dimulakan process pengeringan makro bagi mengeringkan garis2 halus antara lapisan besi dari air dengan mengunakan bara arang (dgn mengalun mata pusaka atas haba bara) ataupun alat pengering elektronic (haba panas).
Setelah bilah ternyata kering sepenuhnya...bolehlah diminyak kan bilah sebelum dipasang semula aksesori bilah dan disarung kembali kedalam sampir
Kaedah membasuh bilah yang berkarat
note : kedua kaedah dibawah ini bisa menghilangkan hitam warangan..besi akan menjadi putih bersih....nampak seperti baru...walaubagaimanapun ....intonasi warna pamur bergantung pada jenis besi pusaka....
Bagi Wilah pusaka yang karatnya sedikit, penggunaan limau nipis bolehlah diapplikasikan.
Sebiji Limau Nipis bolehlah dibelah 4 dan kemudian dibuangkan bijinya serta tulang tengahnya...objectivenya adalah untuk memudahkan jus limau tadi digunakan pada bilah
Sebelum membasuh dgn belahan limau nipis, pastikan pembasuh duduk dengan selesa. Posisi bilah keris juga hendaklah dalam keadaan selamat bagi pembasuh untuk menenyeh belahan limau nipis nanti. ini boleh dilakukan dgn condongan 45 darjah dengan memegang hulu/puting pusaka dan hujung mata menyentuh lantai/papan kayu ataupun keseluruhan bilah berbaring atas lantai/papan kayu.
Setelah bersedia, bolehlah menggunakan belahan limau nipis ini dgn menenyehnya pada bilah kebawah dan keatas...buat secara perlahan dan hati2 bagi mengelakkan kecederaan.
Process ini berterusan sehingga semua kesan karat hilang.
Selepas selesai, bolehlah dibasuh dgn air sabun dan air mutlak sehingga bersih. pastikan tiada empulur limau tersekat pada serat besi ...harus bersih seluruhnya....tinggalan empulur limau akan bisa membuatkan besi berkarat cepat.
Bolehlah diteruskan dgn process pengeringan, pengeringan makro dan disapu minyak serta wangian.
Bagi Pusaka yang karatnya sangat tebal, penggunaan larutan asid lemah diperlukan seperti cairan cuka makan, jus nenas atau air kelapa. Pengamatan yang teliti dalam process ini amat dikehendaki bagi memastikan karat tertanggal sepenuhnya dan mata pusaka terpelihara.
Sediakan bekas takungan yang bisa memuatkan mata bilah pusaka dan direndam dalam larutan asid lemah. Selepas 10 hingga 15 minit, angkat mata bilah, berus menggunakan berus gigi terpakai bagi menangalkan karat tebal. bilas dengan air mutlak dan teliti mata keris. Kira masih ada karat, direndam semula dan ulang process sama setiap 10 - 15 minit hingga karat tanggal sepenuhnya.
Perlu di ingat bahwa cuka makan kalau digunakan, mangkin lama direndam mangkin lemah kesannya... Tapi bahan dari air nenas dan kelapa pula... Mangkin lama mangkin menguat kesannya.
Jadi kalau cuka makan itu perlu dilihat sekejap-sekejap.. Tapi kalau air kelapa dan nenas x perlu tiap lima belas minit. Setiap stengah jam, 45 minit atau satu jam pun ok. Bergantung pada ketebalan karat dan jenis besi dan keadaannya. Sebab tu ada org yg membasikan dulu air kelapa itu sampai 3 hari sebelum mnggunakannya supaya kesannya lebih pantas
Asid yg dikatakan lemah tu hanya lemah pada permulaan, tapi bila proses dipanjangkan... Maka asid-asid yg terhasil dari jus buah itu akan menjadi bertambah kuat. Flow chart ini kemungkinan akan memberikan gambaran pada pengiat yg tidak berpengalaman bahwa jenis bahan ini akan terus menerus kekal lemah dan akan merosakkan mata bilah bila digunakan berulangkali...
Sebaliknya pula pada bahan cuka. Ianya akan mulanya kuat tapi menjadi lemah kuasa larutannya. Kalau digunakan berkali-kali akan tidak mendatangkan hasil yg dijangkakan.
Setelah berpuashati tiada kesan karat, bolehlah dibasuh mata pusaka dengan sabun dan air bersih serta diteruskan dgn process pengeringan, pengeringan makro dan disapu minyak serta wangian.
FAQ
1) Setelah keris dibasuh dengan menggunakan Limau Nipis atau acid lemah, keris menjadi serba putih dan berkilat seperti baru. Semua kesan pamur belangan hitam dan putih pada pusaka hilang kerana kesan warangan telah pupus.
Apakah itu Warangan
Process Warangan pusaka merupakan suatu process menghitamkan jenis besi tertentu pada pusaka menimbulkan belangan pamur yang indah pada bilah pusaka. Cecair Warangan bertindakbalas pada component logam ferum(besi) dengan menghitamkannya manakala logam yang lain (seperti contoh nikel dan tembaga)tidak berubah warna. Walaubagaimanapun, process ini agak rumit penyediaannya dan berbahaya. Batu warangan (terdiri dari komposisi racun cynide yang amat berbahaya)diperlukan dalam penyediaan cairan warangan. Kombinasi jus Limau Nipis dan Batu warangan harus matang diperam sehingga sekurangnya setahun sebelum boleh digunapakai.
contoh gambar batu warangan
Selamat mencuba - Insyallah
Wassalam

Selasa, 18 Oktober 2011
Keris Picit Fatani - RM 700
Keris Picit Fatani
Panjang Mata - 6.5 inci
Panjang keseluruhan - 10.5 inci
Ketandaan Picitan, Kul Buntet dan Telaga
Sampir Kemuning Emas
Harga Tebus Siap Pos dalam Malaysia - RM700
Jumaat, 3 Disember 2010
Perihal Senjata Nusantara - Bahagian 1
Sejarah Pesenjataan Nusantara
Senjata terawal masyarakat Nusantara adalah Tombak dari penciptaan tombak maka bercambahlah penciptaan senjata senjata lain seperti Beliung, Kapak, Lembing, Parang/Pedang, Keris, badik, lawi ayam, kerambit dan sebagainya.
Sebelum kehadiran technology metalogy , senjata nusantara adalah dari ketulan batu dan kayu yang dibentuk dan di asah menjadi senjata tajam. Dengan terjumpanya unsur logam di nusantara, persenjataan nusantara telah berubah kepada unsur yang lebih kukuh. Para cendiakawan di-masa tersebut telah membuat RnD dengan pencampuran berbagai bagai jenis logam yang terdapat di kawasan mereka.
Cara pembuatan senjata logam pada peringkat pertama adalah dalam kaedah molding. Bahan bahan logam dicairkan dalam satu bekas relau, kemudian logam cair tersebut dituang dalam longkang kecil yang dikorek pada permukaan tanah. Method ini berjaya menghasilkan bentuk senjata dahulu tetapi ia agak besar, bundar dan tidak kukuh. Kemudiannya para empu berubah kepada kaedah pembuatan melalui lipatan pelbagai logam. Di lipat-lipat berulang kali dalam keadaan panas menghasilkan jaringan logam yang bertindih tindih menguatkan lagi structur senjata. Kemudian kaedah Sepuh pula digunakan iaini penyejukan secara cepat pada logam yang panas menguatkan lagi struktur mata senjata.
Ilmu pemilihan dan pengunaan logam dalam pembikinan senjata pada masa tersebut lebih cenderung pada unsur unsur kesaktian. Sebagai contoh, para empu pada masa tersebut percaya bahawa logam yang turun dari langit mempunyai unsur kesaktian yang tinggi lalu mereka mencampurkan batu meteorite dalam bahan bahan pembikinan senjata mereka. Besi yang berupa tulang juga adalah di-anggap begitu mistik sepertimana kepercayaan kepada besi tulang mawas dan besi tulang singa amat berharga dalam pembuatan senjata dahulu.
Bahan Bahan Pembuatan Senjata Logam traditional - Method Pertama
7 Jenis Besi adalah merupakan bahan utama dalam pembikinan Senjata traditional.
1) Besi Waja - digunakan sebagai Besi Baja - majority struktur pada
senjata
2) Besi Temiang - Merupakan logam berwarna putih atau Kelabu sebagai
penguat Baja
3) Besi Pasir - ketulan logam yany berbentuk pasir - biasa dijumpai di
kaki bukit
4) Besi Batu - Ketulan logam berbentuk batu kesil - biasa dijumpai di
atas bukit
5) Besi Kursani - Batu berbentuk logam kekuningan (hematite) - berunsur
sulferik
6) Besi Tahi Bintang - Meteorite - sumber nickel, uranium - kepercayaan
mistikal
7) Besi Leleh - batu panchur - di percayai sebagai unsur kekebalan
Antara bahan lain yang juga menjadi pilihan empu senjata terdahulu adalah seperti berikut
1) Emas, Perak dan tembaga - sebagai penambahan Nilai senjata dan anti-
kebal
2) Besi Kuning - anti-kebal
3) Besi Wali - untuk mengelak karat - Berunsur seperti Stainless Steel
4) Besi Tulang - Mawas atau Singa - sebagai unsur Bisa.
Untuk mengenal pasti Besi tulang Mawas, apabila besi ini dibakar pada api yang kuat, besinya akan berasap dengan kuat dan asap ini amat beracun manakala besi Tulang Singa pula, apabila dibakar ia akan terbakar dan menghasilkan percikan api seperti bunga api. Di sebabkan unsur bisanya, hanya para empu yang terpilih sahaja akan bersetuju untuk mencampurkan besi tulang dalam pembikinan senjata mereka. Maka, senjata berunsur besi tulang ini adalah amat tinggi nilainya disebabkan amat kurang dihasilkan dan rumit/bahaya pembuatannya. Dikatakan para empu menghadapi risiko buta, lumpuh, koma atau maut bila menggunakan tulang mawas ini.
Bahan Bahan Pembuatan Senjata Logam traditional - Method Kedua
Besi 7 Pa
Method pemilihan bahan pembuatan senjata berdasarkan pepatah lama
"Dimanakah kekuatan seorang panglima...adakah pada tubuhnya atau pada kerisnya....akan tetapi tidaklah antara keduanya melainkan pada huruf Pa."
Maka, dengan menurut kepercayaan pada unsur logam logam yang bermula dari huruf PA bisa menghasilkan kekuatan dan semangat juang yang kuat pada pemakainya. Maka antara logam logam pilihan seperti..puting parang patah, perisai perang pecah, pahat patah dsb. Dikumpul sebanyak 7 jenis dari sumber yang berlainan, digabungkan dengan besi waja dalam menghasilkan senjata.
Bersambung di bahagian-2 - Pembuatan Senjata
Jumaat, 26 November 2010
Perihal Badik Senjata Masyarakat Bugis

Menurut pandangan orang Bugis Makassar, setiap jenis badik memiliki kekuatan sakti (gaib). Kekuatan ini dapat mempengaruhi kondisi, keadaan, dan proses kehidupan pemiliknya. Sejalan dengan itu, terdapat kepercayaan bahwa badik juga mampu menimbulkan ketenangan, kedamaian, kesejahteraan dan kemakmuran ataupun kemelaratan, kemiskinan dan penderitaan bagi yang menyimpannya.
Sejak ratusan tahun silam, badik dipergunakan bukan hanya sebagai senjata untuk membela diri dan berburu tetapi juga sebagai identitas diri dari suatu kelompok etnis atau kebudayaan. Badik ini tidak hanya terkenal di daerah Makassar saja, tetapi juga terdapat di daerah Bugis dan Mandar dengan nama dan bentuk berbeda.
Secara umum badik terdiri atas tiga bagian, yakni hulu (gagang) dan bilah (besi), serta sebagai pelengkap adalah warangka atau sarung badik. Disamping itu, terdapat pula pamor yang dipercaya dapat mempengaruhi kehidupan pemiliknya.

Badik Bugis Makasar
Badik Makassar memiliki kale (bilah) yang pipih, battang (perut) buncit dan tajam serta cappa’ (ujung) yang runcing. Badik yang berbentuk seperti ini disebut Badik Sari. Badik Sari terdiri atas bagian pangulu (gagang badik), sumpa’ kale (tubuh badik) dan banoang (sarung badik). Lain Makassar lain pula Bugis, di daerah ini badik disebut dengan kawali, seperti Kawali Raja (Bone) dan Kawali Rangkong (Luwu).

Badik Bugis Luwu
Badik Bugis Kawali Bone memiliki bessi atau bilah yang pipih, ujung runcing dan bentuk agak melebar pada bagian ujung, sedangkan kawali Luwu memiliki bessi pipih dan berbentuk lurus. Kawali pun memiliki bagian-bagian, seperti pangulu (hulu), bessi (bilah) dan wanua (sarung). Seperti pada senjata tradisional lainnya, kawali juga dipercaya memiliki kekuatan sakti, baik itu yang dapat membawa keberuntungan ataupun kesialan.
Kawali Lamalomo Sugi adalah jenis badik yang mempunyai motif kaitan pada bilahnya dan dipercaya sebagai senjata yang akan memberikan kekayaan bagi pemiliknya. Sedangkan, kawali Lataring Tellu yang mempunyai motif berupa tiga noktah dalam posisi tungku dipercaya akan membawa keberuntungan bagi pemiliknya berupa tidak akan kekurangan makanan dan tidak akan mengalami duka nestapa. Itulah sebabnya, badik ini paling cocok digunakan bagi mereka yang berusaha di sektor pertanian.

Kul Buntet / Pusaran
Kawali Lade’ nateyai memiliki pamor berupa bulatan kecil pada bagian pangkal dan guratan berjajar pada bagian matanya. Badik ini dipercaya dapat mendatangkan rezeki yang melimpah bagi pemiliknya. Badik ini memiliki kemiripan fungsi dengan Kawali Lakadang yang memiliki motif berbentuk gala pada pangkalnya.
Salah satu badik yang dipercaya sangat ideal adalah Kawali Lagemme’ Silampa yang memiliki motif berupa urat yang membujur dari pangkal ke ujung. Dipercaya bahwa pemilik badik tersebut senantiasa akan mendapatkan keselamatan dan kesejahteraan dalam kehidupannya bersama dengan segenap kaum kerabatnya. Sedangkan untuk mendapatkan kesabaran, maka dipercaya harus memiliki Kawali Lasabbara.
Kawali Ilakkoajang adalah jenis badik yang dipercayai sebagai senjata yang mampu mendatangkan wibawa serta derajat yang tinggi.Badik ini memiliki motif guratan di seluruh tubuhnya. Sementara itu, bagi yang menginginkan kemenangan dalam setiap pertarungan hendaknya memiliki Kawali Latenriwale. Badik yang memiliki motif berupa bulatan oval pada bagian ujungnya ini dipercaya dapat membangkitkan sifat pantang mundur bagi pemiliknya dalam setiap pertempuran.
Bila dipercaya terdapat badik yang mengandung kebaikan, demikian pun sebaliknya terdapat badik yang mengandung kesialan. Kawali Lasukku Ja’na adalah badik yang dianggap amat buruk. Bagi siapapun, Kawali Latemmewa merupakan badik yang sangat tidak baik, karena dipercaya badik ini tidak dapat menjaga wibawa dan kehormatan pemiliknya. Menurut kepercayaan, pemilik badik ini tidak akan melakukan perlawanan kendati ditampar oleh orang lain.
Sejalan dengan kepercayaan tersebut, terdapat Kawali Lamalomo Malaweng Tappi’enngi yang memiliki motif berupa guratan tanda panah pada bagian pangkalnya. Dipercaya, pemilik badik ini seringkali terlibat dalam perbuatan zina. Badik ini memiliki kepercayaan yang berlawanan dengan Kawali Lamalomo Rialawengeng. Konon kabarnya pemilik badik seperti ini seringkali istrinya melakukan perzinahan dengan lelaki lain.
Apapun kekuatan sakti yang dipercaya dikandung oleh sebuah badik, badik tetaplah sebuah benda budaya yang akan meningkatkan identitas diri seseorang, terutama bagi kaum lelaki. Seperti kata orang Makassar mengenai badik “Teyai bura’ne punna tena ammallaki badik” (Bukan seorang lelaki jika tidak memiliki badik), begitupun dengan kata orang Bugis “Taniya ugi narekko de’na punnai kawali" (Bukan seorang Bugis jika tidak memiliki badik).
Menurut pandangan orang Bugis Makassar, setiap jenis badik memiliki kekuatan sakti (gaib). Kekuatan ini dapat mempengaruhi kondisi, keadaan, dan proses kehidupan pemiliknya. Sejalan dengan itu, terdapat kepercayaan bahwa badik juga mampu menimbulkan ketenangan, kedamaian, kesejahteraan dan kemakmuran ataupun kemelaratan, kemiskinan dan penderitaan bagi yang menyimpannya.Sejak ratusan tahun silam, badik dipergunakan bukan hanya sebagai senjata untuk membela diri dan berburu tetapi juga sebagai identitas diri dari suatu kelompok etnis atau kebudayaan.
Badik ini tidak hanya terkenal di daerah Makassar saja, tetapi juga terdapat di daerah Bugis dan Mandar dengan nama dan bentuk berbeda.Secara umum badik terdiri atas tiga bagian, yakni hulu (gagang) dan bilah (besi), serta sebagai pelengkap adalah warangka atau sarung badik. Disamping itu, terdapat pula pamor yang dipercaya dapat mempengaruhi kehidupan pemiliknya.Badik Makassar memiliki kale (bilah) yang pipih, battang (perut) buncit dan tajam serta cappa’ (ujung) yang runcing. Badik yang berbentuk seperti ini disebut Badik Sari. Badik Sari terdiri atas bagian pangulu (gagang badik), sumpa’ kale (tubuh badik) dan banoang (sarung badik). Lain Makassar lain pula Bugis, di daerah ini badik disebut dengan kawali, seperti Kawali Raja (Bone) dan Kawali Rangkong (Luwu).

Badik Caringin Tilu
Badik Bugis Kawali Bone memiliki bessi atau bilah yang pipih, ujung runcing dan bentuk agak melebar pada bagian ujung, sedangkan kawali Luwu memiliki bessi pipih dan berbentuk lurus. Kawali pun memiliki bagian-bagian, seperti pangulu (hulu), bessi (bilah) dan wanua (sarung). Seperti pada senjata tradisional lainnya, kawali juga dipercaya memiliki kekuatan sakti, baik itu yang dapat membawa keberuntungan ataupun kesialan. Kawali Lamalomo Sugi adalah jenis badik yang mempunyai motif kaitan pada bilahnya dan dipercaya sebagai senjata yang akan memberikan kekayaan bagi pemiliknya. Sedangkan, kawali Lataring Tellu yang mempunyai motif berupa tiga noktah dalam posisi tungku dipercaya akan membawa keberuntungan bagi pemiliknya berupa tidak akan kekurangan makanan dan tidak akan mengalami duka nestapa. Itulah sebabnya, badik ini paling cocok digunakan bagi mereka yang berusaha di sektor pertanian.Kawali Lade’ nateyai memiliki pamor berupa bulatan kecil pada bagian pangkal dan guratan berjajar pada bagian matanya. Badik ini dipercaya dapat mendatangkan rezeki yang melimpah bagi pemiliknya. Badik ini memiliki kemiripan fungsi dengan Kawali Lakadang yang memiliki motif berbentuk gala pada pangkalnya.Salah satu badik yang dipercaya sangat ideal adalah Kawali Lagemme’ Silampa yang memiliki motif berupa urat yang membujur dari pangkal ke ujung. Dipercaya bahwa pemilik badik tersebut senantiasa akan mendapatkan keselamatan dan kesejahteraan dalam kehidupannya bersama dengan segenap kaum kerabatnya. Sedangkan untuk mendapatkan kesabaran, maka dipercaya harus memiliki Kawali Lasabbara.Kawali Ilakkoajang adalah jenis badik yang dipercayai sebagai senjata yang mampu mendatangkan wibawa serta derajat yang tinggi.Badik ini memiliki motif guratan di seluruh tubuhnya. Sementara itu, bagi yang menginginkan kemenangan dalam setiap pertarungan hendaknya memiliki Kawali Latenriwale. Badik yang memiliki motif berupa bulatan oval pada bagian ujungnya ini dipercaya dapat membangkitkan sifat pantang mundur bagi pemiliknya dalam setiap pertempuran.Bila dipercaya terdapat badik yang mengandung kebaikan, demikian pun sebaliknya terdapat badik yang mengandung kesialan. Kawali Lasukku Ja’na adalah badik yang dianggap amat buruk. Bagi siapapun, Kawali Latemmewa merupakan badik yang sangat tidak baik, karena dipercaya badik ini tidak dapat menjaga wibawa dan kehormatan pemiliknya. Menurut kepercayaan, pemilik badik ini tidak akan melakukan perlawanan kendati ditampar oleh orang lain.Sejalan dengan kepercayaan tersebut, terdapat Kawali Lamalomo Malaweng Tappi’enngi yang memiliki motif berupa guratan tanda panah pada bagian pangkalnya. Dipercaya, pemilik badik ini seringkali terlibat dalam perbuatan zina. Badik ini memiliki kepercayaan yang berlawanan dengan Kawali Lamalomo Rialawengeng. Konon kabarnya pemilik badik seperti ini seringkali istrinya melakukan perzinahan dengan lelaki lain.Apapun kekuatan sakti yang dipercaya dikandung oleh sebuah badik, badik tetaplah sebuah benda budaya yang akan meningkatkan identitas diri seseorang, terutama bagi kaum lelaki. Seperti kata orang Makassar mengenai badik “Teyai bura’ne punna tena ammallaki badik” (Bukan seorang lelaki jika tidak memiliki badik), begitupun dengan kata orang Bugis “Taniya ugi narekko de’na punnai kawali" (Bukan seorang Bugis jika tidak memiliki badik).
(sumber article dari Internet)
Langgan:
Catatan (Atom)