Facebook

Khamis, 10 November 2011

PROCESS MEMBERSIHKAN PUSAKA

Assalamuaalikum wbt buat yang berbahagia pembaca blog pulaumistik

Sempena Bulan Muharram, bulan yang menjadi pengemar /pengumpul senjata traditional untuk membasuh dan merawat pusaka dalam simpanan.

Bagi yang baru menceburi hobi ini atau yang tidak tahu bagaimana hendak memulakan process pembersihan...harapan saya agar posting ini sedikit sebanyak dapat membantu...insyallah

Note - ini hanyalah process basic dan tidak menyentuh tentang bab pengkhadaman keris atau sewaktu dengannya :-)



BAHAN-BAHAN ASAS

1) Limau Nipis 3 Biji
2) Sabun
3) Kain Kapas Bersih
4) Air Bersih / Mutlak
5) Larutan Cuka makan bagi karat yang tebal
6) Berus bulu halus seperti Berus gigi terpakai

PROCESS PEMBERSIHAN

1) Sebelum mencabut senjata dari sarungnya, mulakan dgn Basmallah dan doa kita kehadirat Allah SWT agar terselamat dari kecederaan dan kemudaratan sepanjang process pembersihan.

2) Pastikan kawasan keliling aman dari budak2 bermain dan pengudaraan yang selesa...

3) Cabut pusaka yang akan dibersihkan dari sarungnya...bagi keris adalah baik kiranya hulu dan pendokoknya ditanggalkan dan hanya bilah mata yang tinggal untuk dibersihkan. bagi parang atau badik...sebaiknya hulunya disalut dgn bahan kalis air seperti plastik yang ditape atau menggunakan plastik wrapper dan ditape keliling.

bagi Hulu yang ketat untuk ditanggalkan hendaklah direndam dengan air panas terlebih dahulu bagi mencairkan damar dan juga mengembangkan logam puting. Logam akan cepat panas dan mengembang cepat juga menguncup bila menyejuk...manakala hulu dari bahan kayu atau lain2 yang bukan logam akan lambat mengembang dan lambat pula mennguncup ..mengadakan ruangan selesa bagi hulu dicabut

4) Teliti keadaan bilah pusaka...samada ia berkarat atau tidak

Kaedah membasuh bilah yang tidak berkarat

Bagi bilah mata yang tidak berkarat, cukup sekadar membasuhnya dengan air mutlak dgn melalukan air di atas bilah bagi menghilangkan habuk2. Penggunaan sabun hendaklah berhati2 kerana bisa memutihkan pamur (kesan warangan akan menghilang). Sabun boleh digunakan bagi menghilangkan lapisan minyak yang lama...gunakan sabun dengan sentalan yang lembut sahaja.

Pabila sudah dibasuh, keringkan bilah dengan menggunakan kain kapas yang bersih. kaedahnya hanya dengan cara menekap dan bukan mengelap kuat untuk mengelakkan pamur pusaka dari tersangkut pada kain dan menrosakkan pamur bilah pusaka tersebut.

Setelah proses menekap dgn kain selesai, sandarkan mata pusaka pada dinding buat seketika agar diangin2kan.

Kemudian bolehlah dimulakan process pengeringan makro bagi mengeringkan garis2 halus antara lapisan besi dari air dengan mengunakan bara arang (dgn mengalun mata pusaka atas haba bara) ataupun alat pengering elektronic (haba panas).

Setelah bilah ternyata kering sepenuhnya...bolehlah diminyak kan bilah sebelum dipasang semula aksesori bilah dan disarung kembali kedalam sampir


Kaedah membasuh bilah yang berkarat

note : kedua kaedah dibawah ini bisa menghilangkan hitam warangan..besi akan menjadi putih bersih....nampak seperti baru...walaubagaimanapun ....intonasi warna pamur bergantung pada jenis besi pusaka....

Bagi Wilah pusaka yang karatnya sedikit, penggunaan limau nipis bolehlah diapplikasikan.

Sebiji Limau Nipis bolehlah dibelah 4 dan kemudian dibuangkan bijinya serta tulang tengahnya...objectivenya adalah untuk memudahkan jus limau tadi digunakan pada bilah

Sebelum membasuh dgn belahan limau nipis, pastikan pembasuh duduk dengan selesa. Posisi bilah keris juga hendaklah dalam keadaan selamat bagi pembasuh untuk menenyeh belahan limau nipis nanti. ini boleh dilakukan dgn condongan 45 darjah dengan memegang hulu/puting pusaka dan hujung mata menyentuh lantai/papan kayu ataupun keseluruhan bilah berbaring atas lantai/papan kayu.

Setelah bersedia, bolehlah menggunakan belahan limau nipis ini dgn menenyehnya pada bilah kebawah dan keatas...buat secara perlahan dan hati2 bagi mengelakkan kecederaan.

Process ini berterusan sehingga semua kesan karat hilang.

Selepas selesai, bolehlah dibasuh dgn air sabun dan air mutlak sehingga bersih. pastikan tiada empulur limau tersekat pada serat besi ...harus bersih seluruhnya....tinggalan empulur limau akan bisa membuatkan besi berkarat cepat.

Bolehlah diteruskan dgn process pengeringan, pengeringan makro dan disapu minyak serta wangian.

Bagi Pusaka yang karatnya sangat tebal, penggunaan larutan asid lemah diperlukan seperti cairan cuka makan, jus nenas atau air kelapa. Pengamatan yang teliti dalam process ini amat dikehendaki bagi memastikan karat tertanggal sepenuhnya dan mata pusaka terpelihara.

Sediakan bekas takungan yang bisa memuatkan mata bilah pusaka dan direndam dalam larutan asid lemah. Selepas 10 hingga 15 minit, angkat mata bilah, berus menggunakan berus gigi terpakai bagi menangalkan karat tebal. bilas dengan air mutlak dan teliti mata keris. Kira masih ada karat, direndam semula dan ulang process sama setiap 10 - 15 minit hingga karat tanggal sepenuhnya.

Perlu di ingat bahwa cuka makan kalau digunakan, mangkin lama direndam mangkin lemah kesannya... Tapi bahan dari air nenas dan kelapa pula... Mangkin lama mangkin menguat kesannya.

Jadi kalau cuka makan itu perlu dilihat sekejap-sekejap.. Tapi kalau air kelapa dan nenas x perlu tiap lima belas minit. Setiap stengah jam, 45 minit atau satu jam pun ok. Bergantung pada ketebalan karat dan jenis besi dan keadaannya. Sebab tu ada org yg membasikan dulu air kelapa itu sampai 3 hari sebelum mnggunakannya supaya kesannya lebih pantas

Asid yg dikatakan lemah tu hanya lemah pada permulaan, tapi bila proses dipanjangkan... Maka asid-asid yg terhasil dari jus buah itu akan menjadi bertambah kuat. Flow chart ini kemungkinan akan memberikan gambaran pada pengiat yg tidak berpengalaman bahwa jenis bahan ini akan terus menerus kekal lemah dan akan merosakkan mata bilah bila digunakan berulangkali...

Sebaliknya pula pada bahan cuka. Ianya akan mulanya kuat tapi menjadi lemah kuasa larutannya. Kalau digunakan berkali-kali akan tidak mendatangkan hasil yg dijangkakan.

Setelah berpuashati tiada kesan karat, bolehlah dibasuh mata pusaka dengan sabun dan air bersih serta diteruskan dgn process pengeringan, pengeringan makro dan disapu minyak serta wangian.

FAQ

1) Setelah keris dibasuh dengan menggunakan Limau Nipis atau acid lemah, keris menjadi serba putih dan berkilat seperti baru. Semua kesan pamur belangan hitam dan putih pada pusaka hilang kerana kesan warangan telah pupus.

Apakah itu Warangan

Process Warangan pusaka merupakan suatu process menghitamkan jenis besi tertentu pada pusaka menimbulkan belangan pamur yang indah pada bilah pusaka. Cecair Warangan bertindakbalas pada component logam ferum(besi) dengan menghitamkannya manakala logam yang lain (seperti contoh nikel dan tembaga)tidak berubah warna. Walaubagaimanapun, process ini agak rumit penyediaannya dan berbahaya. Batu warangan (terdiri dari komposisi racun cynide yang amat berbahaya)diperlukan dalam penyediaan cairan warangan. Kombinasi jus Limau Nipis dan Batu warangan harus matang diperam sehingga sekurangnya setahun sebelum boleh digunapakai.

contoh gambar batu warangan


Selamat mencuba - Insyallah

Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Penerangan Lanjut Sila E-mail ke Alamtunggal@gmail.com