Sekadar Petua Insya-Allah
Teras kelo memang ada keistimewaannya yang tersendiri itu tidak dapat dinafikan tetapi tak ada pula ada penunggu,khadam dan semangat.Teras kelo ianya bersifat alami dimana Allah swt menjadikan begitu yang mempunyai khasiat yang tertentu,jangankan terasnya pokoknya pun banyak khasiatnya dan diantara khasiatnya adalah seperti berikut
Khasiat dan Kegunaan
1. Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman
2. Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit
3. Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah
4. Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin
5. Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya
6. Sakit mata:daunnya 3 ranting kecil dilumat diadunkan dengan 1 gelas air dan heningkan; ditapis dan dititikkan ke dalam mata
7. Rabun ayam: daunnya 3 ranting kecil dilumat, dituangkan 1 mangkuk air masak dan ditapis; kemudian diadunkan dengan madu 3 sudu, diminum sebelum tidor
8. Sakit kuning: daunnya 7 ranting kecil dilumat dan dimasukkan 1 gelas air kelapa; ditapis dan diandunkan dengan 7 sudu madu, diminum 3 kali sehari
9. Sengal tulang: daunnya 3 ranting kecil dilumatkan bersama ½ sudu kapur makan, dibuat gosok
10. Alergi (alahan): daunnya 3 ranting kecil, bawang Merah 1 hulas, biji adas dan akar mempelas direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal lagi separuh dan ditapis, diminum 2 kali sehari 1 mangkuk kecil
11. Memusnah cacing: daunnya 3 ranting kecil, daun lada 1 ranting kecil dan 3 batang Dukung Anak direbus dengan 2 gelas sehingga tinggal lagi separuh dan ditapis, diminum sebelum tidur
12. Luka bernanah: daunnya 7 ranting kecil dilumatkan ditempel
13. Sukar membuang air kecil: daunnya 3 ranting kecil dilumat dan diperah dicampur dengan perahan air mentimun atau lobak Merah, sama banyak antara ketiga; diadun dan dicampur 1 gelas air dan ditapis; diminum 3 kali sehari
14. Menjauhkan dari kecurian: bila meletakkan terasnya dalam rumah atau dalam kenderaan, insya-Allah
15. Sengal tulang: daun mudanya diremuk dicampur kapur makan, digosokkan
16. Bengkak:
17. Mengurangi rasa sakit: Untuk keduanya- daun mudanya diremuk dan ditempelkan di tempat sakit. Juga kulitnya diremuk dan dicampur sedikit kapur makan, ditempelkan
18. Pitam, pengsan (Epilepsi): akarnya diasah dibuat basuh kepala
19. Busung (Odeem):akarnya dan kulit serta akar betik dilumat dicomor
20. Beri-beri:akarnya direbus dan diminum
21. Kencing Bernanah (Gonorrhoea): akar dan daunnya direbus dan diminum setiap 3jam sekali
22. Kurap: daunnya digosokkan dengan kapur
Disamping khasiat diatas terdapat khasiat lainnya.
1. Lekat uri (sak: tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum
2. Budak menangis-nangis: Terasnya diasah dan diberi minum
3. Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada tetek ibu
4. Bisul: Terasnya diasah, dicomor pada mata bisul
5. Ditakuti hantu: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis
6. Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya direndam dalam air kelapa kira-kira 3 minit, diminum
7. Digigit ular,lipan: Terasnya diasah dan dicomor pada tempat yang kena gigit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Penerangan Lanjut Sila E-mail ke Alamtunggal@gmail.com