Facebook

Ahad, 27 April 2014

Perkongsian Ilmu - Process Membentuk Batu Permata

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera buat rakan2 sekalian. Moga senentiasa diRahmati Allah SWT

Sudah lama saya tidak update Blog ini atas sebab kesibukan bekerja. Untuk makluman rakan2, saya tidaklah fulltime berniaga, tiada pun kedai physical dan hanya berniaga kecil kecilan dikedai virtual melalui laman blog yg sederhana ini. Saya cuba sehabis baik untuk memberi perkhidmatan yg selayaknya buat rakan2 dan alhamdullilah dengan sokongan rakan2 masih lagi saya dapat bernafas diarena perniagaan secara kecil kecilan ini. Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan rakan2 dan sememangnya harapan saya agar rakan2 bermenafaat dari kurniaan Allah SWT buat hamba2nya melalui kekuasaanNya akan kejadian Alam Semesta ini.

Baiklah, posting ini, ingin saya berkongsi serba sedikit pengalaman saya dalam memprocess batu raw kepada batu permata yang cantik indah moga dapat rakan2 yang berminat dengan hobby ini sedikit sebanyak dapat juga membuatnya dan Insya Allah dapat menjana pendapatan sampingan buat keluarga...Insya Allah.

Permulaan bicara dengan gambar batu raw jenis Pyrite (batu kursani). Khasiat Pyrite ini insyallah baik untuk sakit kulit kerana kandungan sulfur didalamnya. Masyarakat melayu juga percaya akan kelebihan batu kursani sebagai asbab ketahanan kulit...Wallahuallam.

Projek canai batu ini adalah sebagai trade-work antara sahabat saya dari Terengganu, tolong canaikan sebahagian batu raw kepunyaan beliau dan sebagai upah, sebahagian raw yang lain diberikan pada saya ...Alhamdullilah.


Ini adalah video saya memotong batu raw tersebut untuk dijadikan ketulan2 kecil.

Saya menggunakan mata diamond cutter 0.5 mm tebal supaya dapat menjimatkan batu yg dipotong.

Ini mata diamond cutter yang digunakan - Mata Pemotong Batu (Diamond Cutter) - 0.5mm


Antara hasil belahan batu



Inilah template tapak kepunyaan saya yang digunakan untuk mencanai batu. Saya akan sesuaikan template dengan potongan raw batu dan lukis di atas kertas, kemudian saya potong dan lekatkan pada batu. Kekadang ada juga rakan2 yang inginkan potongan dengan ukuran tertentu..maka saya akan buatkan tapak template yang bersesuaian dengan kehendak rakan2.


Beginilah foto setelah saya tampalkan kertas keratan template pada batu ...dan sekarang dah boleh mulakan canaian kasar membentuk permata


Canaian potongan batu ke bentuk kasar pun bermula. Saya akan mencanai berdasarkan tampalan kertas sebelum ini dan tingginya akan saya ukur mengikut kesesuaian.


Beginilah hasil selepas canaian peringkat pertama membentuk secara kasar.

Bermulalah pula peringkat melicinkan permukaan batu. Saya menggunakan kaedah manual tangan sahaja kerana perlu dikawal gosokan batu pada kertas pasir dari segi tekanan batu dan juga kelajuan. Ini amat penting bagi memastikan supaya permukaan batu yang digosok serata dan tidak berlekuk-lekuk

Kertas pasir digunakan dan sessi ini dilakukan berperingkat2 dari kertas pasir nombor 200, 400, 600, 800 dan 1000 atau 1200.

Batu2 ini akan digosok pada satu2 grit kertas pasir dan tip untuk berpindah ke kertas pasir yang lebih halus adalah apabila batu yang digosok tidak lagi ada "trace" atau tidak lagi terjejas / meninggalkan kesan pada kertas pasir tersebut.

Untuk mendapatkan permukaan gosokan yang lebih serata, dinasihatkan agar kita menggosok dengan cara pusingan...lebih afdal lagi kita lakukan mengikut arah lawan jam ( sunnah Rasulullah SAW).


Antara hasil selepas menggosok batu dengan kertas pasir



Setelah selesai peringkat gosokan terakhir samada diakiri grit kertas pasir 1000 atau 1200, bolehlah kita akhiri dengan process polishing. Saya menggunakan serbuk berlian yang ditaburkan sedikit pada kulit lembu dan dititiskan sedikit dengan minyak machinejahit  "Singer". Batu dipolish sehingga berkilat dan sama juga kaedahnya dengan cara pusingan lawan jam.



Beginilah hasil nya- Selamat mencuba - Insya Allah...semoga bermenafaat




Selasa, 6 Ogos 2013

Salam Aidilfitri 1434 AH



Salam Aidilfitri 1434 AH - Minal Adil Wal Fa Izin 

Maaf Zahir dan Batin 

Semoga senentiasa diRahmati dan diBarkati Allah SWT

Semoga berbahagia bersama keluarga tercinta

Semoga selamat perjalanannya...Amin


Selamat Hari Raya Buat Sahabat2 Semua

Jumaat, 12 Julai 2013

Badik Melayu Panjang Bermotif Naga






Buatan Anak Tempatan Pulau Pinang

Kategory - Baru
Panjang Keseluruhan - 48 cm
Panjang Mata - 28 cm

Harga RM600 siap Pos Laju Dalam Malaysia

Terima Kasih

Sabtu, 22 Disember 2012

Matawang Kedah Lama - Duit Timah Ayam Jantan 2 Ring Verity



Matawang Kedah - Ayam Ring Verity 2 Rings

Buat yang berminat 

Ukuran Mendatar - Head to Tail - 70 mm (approx)
Ukuran memanjang - Head to End Ring - 73 mm (approx)

Berat - 68.5 gram


For Sale

Duit Timah Ayam Jantan Negeri Kedah ini mula ditempa dan digunakan sebagai matawang di Negeri Kedah semasa era Pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Muadzam Shah II [ 1710 - 1773 ]. Duit ini ditempa mengunakan Timah yang berbentuk Ayam Jantan Sabung yang bertenggek diatas beberapa bulatan ring . Matawang Timah berbentuk Ayam Jantan ini mula diperkenalkan dan digunapakai sebagai matawang di Negeri Kedah dalam urusan transaksi perdagangan jual beli dan urusan pentadbiran Kesultanan Melayu Kedah pada abad itu diantara sekitar tahun 1710-1773 dizaman Pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa Zainal Muadzam Shah II. Matawang ini terus digunakan sehingga Pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Mukaram Shah III [ 1854 - 1879 ].

Nilaian Pertukaran Matawang Duit Timah Ayam Negeri Kedah mengikut Nilaian Semasa 1710 - 1854 berbanding dengan DOLLAR SEPANYOL.

 SATU AYAM JANTAN        =  5sen berbanding Dollar Sepanyol
                                               =  50 keping Token Singapore
                                              

SATU RING BULATAN        =  1 sen berbanding Dollar Sepanyol
                                               =   10 keping Token Singapore

Hubungi saya jika berminat untuk memiliki barang RARE ini

Terima Kasih

Ahad, 16 Disember 2012

Penang Emergency Coin - One Cent (Pice) No Date (1804-1805) - "GF" - Governor Farquhar - SOLD




Buat yang berminat

Penang Emergency Coin - One Cent (Pice) No Date  (1804-1805) - "GF"

Governor Farquhar - Countermarked with chinese Character "CHI"

Weight - 50.9 grams
Diameter - 47 mm
Thickness - 6 mm

SOLD to Tuan Noor Fadzly dari KL

Terima Kasih

Isnin, 10 Disember 2012

Pitis Timah Kelantan Sultan Muhammad II 1838-1886 - SS9 (P183)




Pitis Timah Kelantan Sultan Muhammad II 1838-1886 - SS9 (P183)

OBV - Karam Duriba Sanat 1256 AH
REV - Khalifatul Muminin

Code Item DEC-001

RM45 seunit Siap Pos Laju dalam Malaysia


No 1 - Sold - Terima kasih Tuan Salihin Dari Selangor

Alatan Memotong Batu Permata - bahan susah cari

Assalamualaikum wbt dan Selamat Sejahtera

Buat sahabat2 yang mencari "tools" mencanai dan mempolish batu permata yang agak sukar disource....di sini dgn rasa rendah diri saya cuba membekal alatan tersebut buat rakan2 pencanai batu permata di luar sana




Serbuk Berlian

Precision Grade - KS-
Cara mempolish batu mengunakan serbuk diamond - sila click sini

Sebotol RM35 siap Pos Dalam Malaysia

Terima kasih atas Sokongan

1 unit - Tuan Abdul Rahman Dari Selangor
2 unit - Tuan Airy Dari Sabah
2 Unit - Terima Kasih sahabat dari Perak
1 Unit - Terima Kasih Cikgu Hashimi dari Perlis
1 Unit - Terima Kasih Zuri dari Selangor
1 Unit - Terima Kasih tuan Hawari dari Perak






 Mata Pemotong Batu (Diamond Cutter) - 0.5mm

Tebal Mata - 0.5mm
Diameter Mata - 15 cm ( 6 Inci)
Applikasi Memotong secara Basah ( Wet)

Sekeping - RM45 Siap Pos Dalam Malaysia

Terima kasih atas Sokongan
1 Unit - Terima kasih sahabat dari Perak
2 Unit - Terima Kasih Cikgu Hashimi dari Perlis







Piring Grinder Permata Aloi - Diamond grinder ( Side and Front)

Diameter - 15 cm (6 Inci)
Tebal - 1.2 cm(0.5 inci)
Applikasi Grinding secara Basah ( WET)

Percuma - Adapter ( worth rm20)

Harga Seunit - RM370 siap pos dalam Malaysia

Terima kasih atas Sokongan
1 Unit - Terima Kasih Cikgu Hashimi dari Perlis


Isnin, 26 November 2012

Set Coin Kesultanan Melayu - All Item SOLD

Assalamualaikum wbt ...buat Sahabat2 yang diRahmati Allah SWT

Ini adalah koleksi matawang Timah zaman kesultanan Melayu yang terdahulu. Antara warisan yang dilupakan. Saya berasa beruntung kerana dikurnia Allah SWT rezeki memiliki matawang ini dan ingin saya berkongsi dengan peminat2 set Matawang Timah dari Negeri Kedah, Kelantan dan Terengganu. Dipersilakan kepada yang berminat untuk menghubungi saya bagi memiliki Set Matawang ini....ia Sejarah Tanah Melayu yang tidak rugi dijadikan koleksi warisan...Insyallah kesemua matawang ini adalah asli dan antik sepenuhnya



Dari Kiri

1) Pitis Timah Negeri Kelantan - Tahun 1770 - 1882, Rujukan Buku Matawang Saran Singh - SS1

   OBV dan Rev - tulisan "Khalifatul Mukmin"

2) Pitis Timah Negeri Kelantan - 1321 AH (1904) - Rujukan Saran Singh - SS24

    Obv - tulisan - "Belanjaan Kerajaan Kelantan"
    Rev - tulisan - "Duriba Fi Dhu'l Hijja Sanat 1321"

3) Tera Timah Negeri Kedah - Tahun Alif 1224 AH (1809) - Rujukan Saran Singh - SS14

    Obv - tulisan - "Tahun Alif 1224"
    Rev - tulisan - "Balad Kedah Darul Aman"

4) Tera Timah Negeri Kedah - Tahun 1180 AH (1768) - Rujukan Saran Singh - SS 13A
     Obv - tulisan - "Darul Aman Sanat 1180"
     Rev - tulisan - "Belanja Kedah"

5) Pitis Timah Negeri Terengganu - Kurun ke 18 dan awal kurun ke 19 - Rujukan SS 26
     Obv - tulisan "Malik Al Adil"
     Rev - blank

6) Pitis Timah negeri Terengganu - Kurun ke 18 dan awal kurun ke 19 - Rujukan SS 28

    Obv - tulisan "Malik Al Adil"
     Rev - blank

Khamis, 11 Oktober 2012

Loket Duit British North Borneo 1889



Org Dulu2 buat Loket Duit Tongkat British North Borneo - Jumpaan di Sg Kuala Muda - Kedah

Terima kasih

Isnin, 24 September 2012

Loket Batu Floride Asli




Loket Batu Floride Asli

Khosiat terapi batu floride

Juga dikenali sebagai "Genius Stone", Khosiat Flourite adalah meningkatkan kosentrasi minda dan boost tahap confident seseorang.

Dari segi perubatan - menolong menyembuhkan Ulcer, pemangkin pembetukan cell baru, Sesuai bagi menolong menyembuhkan penyakit sendi dan atritis, serta membantu mengukuhkan structure tulang badan...Insyallah

Ia juga dipercayaii insyallah dapat meningkatkan kekuatan aura2 batu2 yang lain - Wallahualam

RM 180 siap pos dalam Malaysia

Terima Kasih

Isnin, 13 Ogos 2012

Eid Mubarak - Minal Aidil Wal Faizin



Assalamuaalikum wbt dan Salam Sejahtera - Pulaumistik.blogspot.com mengucapkan Salam AidilFitri buat Sahabat dan Fan kami. Semoga bergembira di hari lembaran ....Sentiasa diBarkati dan DiRahmati Allah SWT Insyallah...

Jumaat, 10 Ogos 2012

Pedang Siam Ayuthia







Pedang Siam Ayuthia

Panjang keseluruhan - 28 inci

Panjang Mata - 19 inci

tebal mata - 4.42 mm

Sarung dan hulu bahan tembaga disalut Perak Asam

Dimaharkan - Rm850.00 Siap Pos Dalam Malaysia

Category Baru - bawah 100 tahun

Terima Kasih



Jumaat, 6 Julai 2012

Alatan2 Memotong Batu dan Kayu Untuk Buat Permata



 Assalamuaalikum dan selamat sejahtera

Pengunjung Blog saya yang Dikasihi lagi Dihormati

Dengan rasa rendah diri, ingin saya berkongsi maklumat tentang alatan2 yang saya gunakan dalam menprocess kebanyakan batu2 dan kayu2 di-dalam blog ini. Semoga dapatlah andainya ada yang hendak mula berniaga kecil kecilan bolehlah study design machine dan setupnya ...Apa2 pun latihan demi latihan demi latihan akan meningkankan daya skill anda dalam area ini...no short cut....Insyallah dgn izin Allah jua ...


Machine Pemotong batu (Low Cost Setup)

1) Table double Grinder - 60 or 80 Watts (Cost dalam RM 100 - RM150)
2) Water Guard - Besin Plastik atau modify guna Zink seperti dalam Gambar (cost (rm 20 - rm100)
3) Engineering Work - untuk fit Mata Grinder pada rod machine ( cost dalam rm50)
4) Plumbing and Water hosting ( cost bergantung pada design camna nak tap air dan lokasi machine)

contoh gambar setup machine potong batu low cost 




 Machine saya naik taraf dgn membuat water guard menggunakan aloi dan buat bench sekali ( hantar engineering - cost dalam rm100)


Contoh mata Grinder pemotong batu ( 1mm) boleh safe banyak batu pakai nie) - Susah nak dapat kat kedai2 hardware di mesia, saya pun cari di Siam :-)


Haa Mata Diamond nie banyak kedapatan di kedai2 hardware malaysia ...cos dalam rm40 ..saya guna nie buat trimming batu dan kayu


Dah siap potong kasar , saya guna batu asah utuk mengasah batu dan kayu pula ...nengok dah lekok habis hehehe

Ini pula adakah Kertas pasir version basah - mata grinder polimer beli kat Ebay - siap ada grid kehalusan untuk polish


Dah siap potong dan polish, final stage nak kena pakai diamond dust pula untuk kasi shining dan licin bak kulit bayi hehehe



Anyway ....inilah insyallah serba sedikit yg dapat saya kongsi...kalau nak detail lagi email ler saya di alamtunggal@gmail.com. Nanti lepas response email tu - saya post disini under FAQ area :-)

Selamat Maju Jaya..Semoga DiBerkati dan DiRahmati Allah SWT

Wassalam

Ruangan FAQ


Permata Cincin Batu Firuz Biru Urat Hitam



Permata cincin bagi peminat batu Firuz

Antara Khosiat Batu Firuz (Insyallah)

1) Peningkatan Jati Diri 
2) Terapi bagi masaalah gugup bila berkomunikasi
3) Terapi bagi masalah "mood-swing" - kemurungan yg tidak menentu


Saiz dan Harga

1) FirCin-1 - 22 x 16 x 11 mm - RM100
2) FirCin-2 - 20 x 14 x 10 mm - RM100
3) Fircin-3 - 22 x 16 x 8 mm - SOLD - terima kasih Tuan Hassan dari Sarawak
4) Fircin-4 - 18 x 12 x 8 mm - SOLD - terima kasih Tuan Zam dari Pahang
5) FirCin-5 - 17 x 9 mm - RM 100
6) FirCin-6 - 15 x 8 mm - - SOLD - terima kasih Tuan Azrul dari Johor

Source Batu - China


Harga termasuk cost Pos Laju dalam Malaysia 

Terima kasih atas sokongan tuan/puan

Semoga bermenafaat - Insyallah