Facebook

Ahad, 27 April 2014

Perkongsian Ilmu - Process Membentuk Batu Permata

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera buat rakan2 sekalian. Moga senentiasa diRahmati Allah SWT

Sudah lama saya tidak update Blog ini atas sebab kesibukan bekerja. Untuk makluman rakan2, saya tidaklah fulltime berniaga, tiada pun kedai physical dan hanya berniaga kecil kecilan dikedai virtual melalui laman blog yg sederhana ini. Saya cuba sehabis baik untuk memberi perkhidmatan yg selayaknya buat rakan2 dan alhamdullilah dengan sokongan rakan2 masih lagi saya dapat bernafas diarena perniagaan secara kecil kecilan ini. Terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan rakan2 dan sememangnya harapan saya agar rakan2 bermenafaat dari kurniaan Allah SWT buat hamba2nya melalui kekuasaanNya akan kejadian Alam Semesta ini.

Baiklah, posting ini, ingin saya berkongsi serba sedikit pengalaman saya dalam memprocess batu raw kepada batu permata yang cantik indah moga dapat rakan2 yang berminat dengan hobby ini sedikit sebanyak dapat juga membuatnya dan Insya Allah dapat menjana pendapatan sampingan buat keluarga...Insya Allah.

Permulaan bicara dengan gambar batu raw jenis Pyrite (batu kursani). Khasiat Pyrite ini insyallah baik untuk sakit kulit kerana kandungan sulfur didalamnya. Masyarakat melayu juga percaya akan kelebihan batu kursani sebagai asbab ketahanan kulit...Wallahuallam.

Projek canai batu ini adalah sebagai trade-work antara sahabat saya dari Terengganu, tolong canaikan sebahagian batu raw kepunyaan beliau dan sebagai upah, sebahagian raw yang lain diberikan pada saya ...Alhamdullilah.


Ini adalah video saya memotong batu raw tersebut untuk dijadikan ketulan2 kecil.

Saya menggunakan mata diamond cutter 0.5 mm tebal supaya dapat menjimatkan batu yg dipotong.

Ini mata diamond cutter yang digunakan - Mata Pemotong Batu (Diamond Cutter) - 0.5mm


Antara hasil belahan batu



Inilah template tapak kepunyaan saya yang digunakan untuk mencanai batu. Saya akan sesuaikan template dengan potongan raw batu dan lukis di atas kertas, kemudian saya potong dan lekatkan pada batu. Kekadang ada juga rakan2 yang inginkan potongan dengan ukuran tertentu..maka saya akan buatkan tapak template yang bersesuaian dengan kehendak rakan2.


Beginilah foto setelah saya tampalkan kertas keratan template pada batu ...dan sekarang dah boleh mulakan canaian kasar membentuk permata


Canaian potongan batu ke bentuk kasar pun bermula. Saya akan mencanai berdasarkan tampalan kertas sebelum ini dan tingginya akan saya ukur mengikut kesesuaian.


Beginilah hasil selepas canaian peringkat pertama membentuk secara kasar.

Bermulalah pula peringkat melicinkan permukaan batu. Saya menggunakan kaedah manual tangan sahaja kerana perlu dikawal gosokan batu pada kertas pasir dari segi tekanan batu dan juga kelajuan. Ini amat penting bagi memastikan supaya permukaan batu yang digosok serata dan tidak berlekuk-lekuk

Kertas pasir digunakan dan sessi ini dilakukan berperingkat2 dari kertas pasir nombor 200, 400, 600, 800 dan 1000 atau 1200.

Batu2 ini akan digosok pada satu2 grit kertas pasir dan tip untuk berpindah ke kertas pasir yang lebih halus adalah apabila batu yang digosok tidak lagi ada "trace" atau tidak lagi terjejas / meninggalkan kesan pada kertas pasir tersebut.

Untuk mendapatkan permukaan gosokan yang lebih serata, dinasihatkan agar kita menggosok dengan cara pusingan...lebih afdal lagi kita lakukan mengikut arah lawan jam ( sunnah Rasulullah SAW).


Antara hasil selepas menggosok batu dengan kertas pasir



Setelah selesai peringkat gosokan terakhir samada diakiri grit kertas pasir 1000 atau 1200, bolehlah kita akhiri dengan process polishing. Saya menggunakan serbuk berlian yang ditaburkan sedikit pada kulit lembu dan dititiskan sedikit dengan minyak machinejahit  "Singer". Batu dipolish sehingga berkilat dan sama juga kaedahnya dengan cara pusingan lawan jam.



Beginilah hasil nya- Selamat mencuba - Insya Allah...semoga bermenafaat




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Penerangan Lanjut Sila E-mail ke Alamtunggal@gmail.com